Malaysia legislation

Section 118A

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 118A

(2)

Sesuatu cadangan percantuman hendaklah mengandungi terma sesuatu percantuman di bawah subseksyen (1), dan secara tertentu—

(a)

nama syarikat Labuan yang bercantum itu;

(b)

pejabat berdaftar syarikat Labuan yang bercantum itu;

(c)

nama penuh dan alamat kediaman tiap-tiap pengarah syarikat yang bercantum itu;

(d)

struktur syer syarikat Labuan yang bercantum itu, dengan menyatakan —

(i)

bilangan syer syarikat Labuan yang bercantum itu;

(ii)

hak, keistimewaan, had dan syarat yang terikat dengan setiap syer syarikat Labuan yang bercantum itu; dan

(iii)

sama ada syer itu boleh dipindahmilikkan atau tidak dan, jika boleh dipindahmilikkan, sama ada pemindahmilikannya adalah tertakluk pada apa-apa syarat atau had;

(e)

suatu salinan memorandum dan perkara syarikat Labuan yang bercantum itu;

142

Undang-Undang Malaysia

(f)

cara yang mengikutnya syer setiap syarikat yang bercantum itu akan ditukar menjadi syer syarikat Labuan yang bercantum itu;

(g)

jika syer syarikat yang bercantum tidak akan ditukar menjadi syer syarikat yang bercantum, balasan yang akan diterima oleh pemegang syer itu sebagai ganti syer syarikat yang bercantum itu;

(h)

apa-apa bayaran yang hendak dibuat kepada mana-mana anggota atau pengarah sesuatu syarikat Labuan yang bercantum, selain bayaran daripada jenis yang diperihalkan dalam perenggan (g); dan

(i)

butir-butir mengenai apa-apa perkiraan yang perlu untuk menyempurnakan percantuman itu dan untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan dan operasi kemudian syarikat

Labuan yang bercantum itu;

(3)

Sesuatu cadangan percantuman boleh menyatakan tarikh yang padanya percantuman itu dicadangkan akan berkuat kuasa.

(4)

Jika syer daripada satu syarikat Labuan yang bercantum itu dipegang oleh atau bagi pihak satu lagi syarikat Labuan yang bercantum, cadangan percantuman itu —

(a)

hendaklah memperuntukkan bagi pembatalan syer itu tanpa bayaran atau mengadakan peruntukan bagi balasan lain apabila percantuman itu berkuat kuasa; dan

(b)

tidak boleh memperuntukkan bagi pertukaran syer itu menjadi syer syarikat Labuan yang bercantum itu.

(5)

Pembatalan syer di bawah seksyen ini tidak boleh disifatkan sebagai pengurangan modal syer dalam pengertian Akta ini.

(6)

Suatu cadangan percantuman hendaklah diluluskan oleh anggota setiap syarikat Labuan yang bercantum melalui ketetapan khas mengikut cara yang diperuntukkan dalam perkara setiap syarikat

Labuan yang bercantum.

Syarikat Labuan 143

(7)

Lembaga pengarah setiap syarikat Labuan yang bercantum hendaklah, sebelum ketetapan khas yang disebut dalam subseksyen (6) diluluskan —

(a)

membuat ketetapan bahawa percantuman itu adalah demi kepentingan syarikat Labuan yang bercantum itu;

(b)

membuat perisytiharan kesolvenan berhubung dengan syarikat Labuan yang bercantum itu bahawa—

(i)

syarikat Labuan yang bercantum itu akan dapat membayar hutangnya apabila genap masanya dalam tempoh dua belas bulan sebaik selepas tarikh percantuman itu berkuat kuasa; dan

(ii)

pada tarikh perisytiharan itu, nilai aset syarikat

Labuan yang bercantum itu tidak kurang daripada nilai liabilitinya (termasuk liabiliti luar jangka).

(8)

Lembaga pengarah setiap syarikat Labuan yang bercantum hendaklah menghantar kepada tiap-tiap anggota syarikat Labuan yang bercantum itu, tidak kurang daripada dua puluh satu hari sebelum tarikh yang disebut dalam subseksyen (3) —

(a)

suatu salinan cadangan percantuman itu (yang hendaklah termasuk memorandum dan perkara persatuan yang dicadangkan bagi syarikat Labuan yang bercantum itu);

(b)

suatu salinan perisytiharan kesolvenan yang diberikan oleh pengarah-pengarah di bawah perenggan (7)(b);

(c)

suatu pernyataan mengenai apa-apa kepentingan material pengarah-pengarah, sama ada atas sifat itu atau selainnya;

dan

(d)

apa-apa maklumat dan penjelasan lanjut yang perlu untuk membolehkan seorang anggota yang munasabah dari syarikat Labuan yang bercantum itu memahami sifat dan implikasi percantuman yang dicadangkan itu bagi syarikat

Labuan yang bercantum itu dan anggotanya.

144

Undang-Undang Malaysia

(9)

Pengarah-pengarah setiap syarikat Labuan yang bercantum hendaklah tidak kurang daripada dua puluh satu hari sebelum tarikh yang disebut dalam subseksyen (3) —

(a)

menghantar suatu salinan cadangan percantuman itu kepada tiap-tiap pemiutang bercagar syarikat Labuan yang bercantum itu; dan

(b)

menyebabkan supaya disiarkan suatu notis mengenai cadangan percantuman itu dalam sekurang-kurangnya satu akhbar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dan satu akhbar kewangan antarabangsa termasuk pernyataan bahawa —

(i)

salinan cadangan percantuman itu tersedia untuk pemeriksaan oleh mana-mana anggota atau pemiutang syarikat Labuan yang bercantum itu di pejabat berdaftar syarikat Labuan yang bercantum itu dan di mana-mana tempat lain yang dinyatakan dalam notis itu dalam waktu perniagaan biasa; dan

(ii)

seorang anggota atau pemiutang suatu syarikat

Labuan yang bercantum berhak untuk diberi secara percuma suatu salinan cadangan percantuman itu apabila diminta daripada syarikat Labuan yang bercantum itu.

(10)

Selepas cadangan untuk percantuman itu telah diluluskan mengikut subseksyen (6), memorandum dan perkara persatuan syarikat Labuan yang bercantum itu hendaklah disempurnakan oleh setiap syarikat

Labuan yang bercantum yang hendaklah mengandungi—

(a)

cadangan bagi percantuman itu;

(b)

suatu salinan perisytiharan yang diberikan oleh pengarah-pengarah di bawah perenggan (7)(b); dan

Syarikat Labuan 145

(c)

suatu salinan ketetapan khas setiap syarikat Labuan yang bercantum yang meluluskan cadangan bagi percantuman di bawah subseksyen (6).

(11)

Percantuman dua syarikat Labuan di bawah seksyen ini hendaklah mewujudkan suatu entiti yang baharu di sisi undang-undang yang hendaklah —

(a)

selaras dengan perkaranya yang diwujudkan oleh percantuman itu, mempunyai segala hak, keisimewaan, kekebalan, kuasa dan maksud yang dipersetujui oleh syarikat-syarikat Labuan yang bercantum itu;

(b)

tanpa apa-apa perbuatan atau surat ikatan lanjut, diletakhakkan dengan semua harta, harta tanah dan harta diri, termasuk mohon beli syer, kausa tindakan dan tiap-tiap aset lain yang dipunyai setiap syarikat Labuan yang bercantum itu; dan

(c)

mengambil dan bertanggungan bagi semua liabiliti, obligasi dan penalti setiap syarikat Labuan yang bercantum, dan tiada liabiliti atau obligasi yang genap masa atau akan genap masa, tuntutan atau permintaan bagi apa-apa kausa yang wujud terhadap mana-mana syarikat itu atau mana-mana pemegang syer, pegawai atau pengarahnya, boleh dilepaskan atau terjejas oleh percantuman itu, dan tiap-tiap tindakan atau prosiding, sama ada sivil atau jenayah, yang ketika itu belum selesai oleh atau terhadap setiap syarikat

Labuan yang bercantum itu tidak boleh dihapuskan atau diberhentikan tetapi boleh dikuatkuasakan, didakwa atau diselesaikan seolah-olah percantuman itu tidak berlaku atau boleh diteruskan atas nama entiti baru di sisi undang-undang yang dibentuk menurut kuasa percantuman itu.

(12)

Memorandum dan perkara persatuan syarikat Labuan yang bercantum itu hendaklah, berserta dengan fi yang ditetapkan, diserahkan kepada Lembaga, yang hendaklah menyimpan dan mendaftarkannya dalam daftar, dan percantuman itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pendaftaran memorandum dan perkara itu.

146

Undang-Undang Malaysia

(13)

Atas pendaftaran memorandum dan perkara persatuan syarikat

Labuan yang bercantum itu,

Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu perakuan di bawah meterainya yang memperakukan percantuman itu dan bahawa syarikat Labuan yang dicantumkan itu, dari tarikh yang dinyatakan dalam perakuan itu, diperbadankan sebagai suatu syarikat Labuan.

Percantuman syarikat Labuan, syarikat Labuan asing atau suatu perbadanan dan penerusan sebagai syarikat Labuan