Malaysia legislation

Section 118C

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 118C

(a)

syer setiap syarikat subsidiari yang bercantum akan dibatalkan tanpa apa-apa bayaran atau apa-apa balasan lain;

(b)

memorandum syarikat Labuan yang bercantum itu akan sama dengan memorandum syarikat pemegang yang bercantum;

(c)

pengarah-pengarah syarikat pemegang yang bercantum dan tiap-tiap syarikat subsidiari yang bercantum berpuas hati bahawa syarikat Labuan yang bercantum itu akan dapat membayar hutangnya apabila genap masanya dalam tempoh dua belas bulan sebaik selepas tarikh percantuman itu berkuat kuasa; dan

(d)

orang atau beberapa orang yang dinamakan dalam ketetapan itu akan menjadi pengarah atau pengarah-pengarah syarikat

Labuan yang bercantum itu:

Dengan syarat bahawa syarikat pemegang yang bercantum itu dan syarikat subsidiari yang bercantum itu tidak boleh menjadi suatu entiti berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti

Labuan 2010 atau Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam

Labuan 2010.

(2)

Dua syarikat subsidiari atau lebih yang dimiliki sepenuhnya oleh perbadanan yang sama boleh bercantum dan berterusan sebagai satu syarikat Labuan tanpa mematuhi subseksyen 118A(2) hingga (13) jika anggota setiap syarikat yang bercantum itu, melalui ketetapan khas,

148

Undang-Undang Malaysia membuat ketetapan untuk meluluskan percantuman syarikat yang bercantum itu atas terma bahawa —

(a)

syer kesemua kecuali satu syarikat yang bercantum itu akan dibatalkan tanpa bayaran atau balasan lain;

(b)

memorandum syarikat Labuan yang bercantum itu akan sama dengan memorandum syarikat yang bercantum yang syernya tidak dibatalkan;

(c)

pengarah-pengarah tiap-tiap syarikat yang bercantum berpuas hati bahawa syarikat Labuan yang bercantum itu akan dapat membayar hutangnya apabila genap masanya dalam tempoh dua belas bulan sebaik selepas tarikh percantuman itu berkuat kuasa; dan

(d)

orang atau beberapa orang yang dinamakan dalam ketetapan itu akan menjadi pengarah atau pengarah-pengarah syarikat

Labuan yang bercantum itu:

Dengan syarat bahawa tiada syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya boleh menjadi suatu entiti berlesen di bawah Akta

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 atau Akta

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010.

(3)

Pengarah-pengarah setiap syarikat yang bercantum itu hendaklah, tidak kurang daripada dua puluh satu hari sebelum tarikh yang disebut dalam subseksyen (1) atau (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, memberikan notis bertulis mengenai percantuman yang dicadangkan itu kepada tiap-tiap pemiutang bercagar syarikat yang bercantum itu.

(4)

Ketetapan yang disebut dalam subseksyen (1) atau (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan sebagai suatu cadangan percantuman yang telah diluluskan.

(5)

Lembaga pengarah setiap syarikat yang bercantum hendaklah, sebelum tarikh yang disebut dalam subseksyen (1) atau (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, membuat suatu perisytiharan kesolvenan

Syarikat Labuan 149

berhubung dengan syarikat Labuan yang dicantumkan itu mengikut perenggan 118A(7)(b).

(6)

Pembatalan syer di bawah seksyen ini tidak boleh disifatkan sebagai suatu pengurangan modal syer mengikut pengertian Akta ini.

Kesan percantuman