Malaysia legislation
Section 118D
Seksyen 118D
(2)
Lembaga hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas tarikh kuat kuasa sesuatu percantuman, memotong nama lama setiap syarikat Labuan yang bercantum dari daftar.
(3)
Suatu perakuan percantuman dan pemerbadanan yang dikeluarkan oleh Lembaga hendaklah menjadi bukti pematuhan semua kehendak Akta ini berkenaan dengan percantuman dan pemerbadanan itu.
(4)
Syarikat Labuan yang bercantum hendaklah menyerahkan, dalam tempoh tiga puluh hari dari pengeluaran perakuan dalam subseksyen 118A(13), suatu salinan sah perakuan itu dan suatu salinan sah cadangan percantuman itu dengan pihak berkuasa yang berkenaan, jika ada, yang berkaitan dengan pendaftaran atau perekodan urusan mengenai apa-apa harta alih atau mengenai kepentingan dalam harta alih yang dipindahmilikkan menurut percantuman itu.
(5)
Jika cadangan percantuman itu menghendaki perletakhakan mana-mana tanah beri hakmilik, atau bahagian atau kepentingan mengenai mana-mana tanah beri hakmilik dalam syarikat Labuan yang bercantum yang dicadangkan itu—
(a)
Lembaga hendaklah, jika tanah beri hakmilik itu terletak di
Semenanjung Malaysia, menurut subseksyen 420(2) Kanun
150
Undang-Undang Malaysia
Tanah Negara [Akta 56/1965], menyebabkan supaya suatu salinan sah mengenai cadangan percantuman itu disampaikan kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir
Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebaik selepas pengeluaran perakuan itu supaya Pendaftar
Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, menguatkuasakan subseksyen 420(2), (3) dan
(4)
Kanun Tanah Negara;
(b)
jika tanah beri hakmilik itu terletak di Sabah, syarikat Labuan yang bercantum itu hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas perakuan itu dikeluarkan, menghantar suatu salinan sah perakuan itu kepada Pendaftar bagi pendaftaran perletakhakan tanah beri hakmilik itu atau bahagian atau kepentingan mengenai tanah beri hakmilik itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Ordinan Tanah
Sabah [Sabah Bab 68]; atau
(c)
jika tanah beri hakmilik itu terletak di Sarawak, syarikat
Labuan yang bercantum itu hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas perintah itu dibuat, mengemukakan suatu salinan sah perakuan itu kepada
Pendaftar bagi pendaftaran perletakhakan tanah beri hakmilik itu atau bahagian atau kepentingan mengenai tanah beri hakmilik, pada syarikat Labuan yang bercantum, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 171
Kanun Tanah Sarawak [Sarawak Bab 81].
(6)
Sesuatu cadangan percantuman yang diluluskan menurut seksyen ini boleh berkaitan dengan mana-mana harta atau perniagaan mana-mana syarikat Labuan yang bercantum di luar Malaysia dan, jika ia berkaitan sedemikian, kesan hendaklah diberikan kepadanya sama ada mengikut apa-apa perkiraan bersaling yang berhubung dengan penguatkuasaan penghakiman yang mungkin ada antara
Malaysia dengan negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia itu di mana harta atau perniagaan itu terletak, atau jika tidak ada perkiraan sedemikian, mengikut undang-undang yang terpakai di negara, wilayah atau tempat itu.
Syarikat Labuan 151
Peraturan-peraturan berkenaan dengan pengambilalihan, penyatuan dan percantuman