Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 11

Undang-Undang Malaysia

(a)

jika dia bukannya seorang juruaudit yang diluluskan;

Syarikat Labuan 33

(b)

jika dia terhutang dengan syarikat itu atau dengan sesuatu syarikat yang disifatkan berkaitan dengan syarikat itu menurut seksyen 4 sebanyak amaun yang melebihi dua puluh ribu ringgit atau suatu amaun yang setara dalam apa-apa mata wang yang lain;

(c)

jika dia adalah—

(i)

seorang pegawai syarikat itu;

(ii)

seorang pekongsi, majikan atau pekerja seseorang pegawai syarikat itu;

(iii)

seorang pekongsi, atau pekerja bagi seorang pekerja seseorang pegawai syarikat itu;

(iv)

seorang suami atau isteri seseorang pegawai syarikat itu;

(v)

seorang suami atau isteri kepada seorang pekerja seseorang pegawai syarikat itu; atau

(vi)

seorang pemegang syer, atau seorang suami atau isteri seseorang pemegang syer, sesuatu perbadanan yang pekerjanya seorang pegawai syarikat itu; atau

(d)

jika dia bertanggungjawab bagi, atau jika dia adalah pekongsi, majikan atau pekerja seseorang yang bertanggungjawab bagi, menyimpan daftar anggota atau daftar pemegang debentur syarikat itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), seseorang hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai sesuatu syarikat Labuan jika dia adalah seorang pegawai sesuatu syarikat yang disifatkan berkaitan dengan syarikat Labuan itu menurut seksyen 4 atau dia telah, pada bila-bila masa dalam tempoh dua belas bulan yang terdahulu, menjadi seorang pegawai atau penaja syarikat Labuan itu atau syarikat yang satu lagi itu.

34

Undang-Undang Malaysia

(3)

Bagi maksud seksyen ini, seseorang tidaklah boleh disifatkan menjadi seorang pegawai semata-mata oleh sebab dia dilantik sebagai juruaudit sesuatu syarikat.

(4)

Tiada seorang pun boleh melantik seseorang sebagai juruaudit suatu syarikat Labuan melainkan jika orang yang hendak dilantik sebagai juruaudit telah, sebelum pelantikan itu, bersetuju secara bertulis untuk bertindak sebagai juruaudit itu.

(5)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan menghendaki juruaudit yang diluluskan mengambil insurans terhadap liabiliti mereka sebagai juruaudit syarikat Labuan.

(6)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, orang yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: Satu ratus ribu ringgit.

Pelikuidasi yang diluluskan

Section 11 — AKTA SYARIKAT LABUAN 1990 | mylaw.my