Malaysia legislation

Section 120

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 120

(2)

Dalam Bahagian ini ungkapan “menjalankan perniagaan di

Labuan” termasuk —

(a)

menjalankan perniagaan di, dari atau melalui Labuan;

(b)

menubuhkan atau menggunakan suatu pejabat pemindahan syer atau pendaftaran syer di Labuan atau mentadbirkan, menguruskan atau selainnya berurusan dengan harta yang terletak di Labuan sebagai seorang ejen, wakil diri di sisi undang-undang atau pemegang amanah, sama ada melalui pekhidmat atau ejen atau selainnya; dan

(c)

dalam hal suatu syarikat Labuan asing yang dinyatakan oleh

Menteri melalui notis secara bertulis bagi maksud perenggan ini —

(i)

membenarkan atau membiarkan, di Labuan, syer syarikat itu sendiri untuk diuruskan, diterbitkan, dipindahkan atau dijadikan subjek opsyen atau perjanjian;

152

Undang-Undang Malaysia

(ii)

membenarkan atau membiarkan, di

Labuan pemindahan, atau urusan berkenaan dengan, perjanjian atau opsyen untuk menjual atau membeli sekuriti, nota atau hak yang diterbitkan olehnya kepada orang awam; atau

(iii)

membenarkan atau membiarkan, di

Labuan, pemindahan, atau urusan yang berkenaan dengan, perjanjian atau opsyen untuk menjual atau membeli sekuriti, nota atau hak, yang oleh sebab pemindahan, urusan, perjanjian atau opsyen itu orang awam boleh memperoleh kepentingan dalam syarikat itu.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), suatu syarikat Labuan asing tidak boleh dikira menjalankan perniagaan di Labuan semata-mata oleh sebab fakta bahawa, di Labuan syarikat itu —

(a)

ialah, atau menjadi, suatu pihak kepada apa-apa tindakan atau guaman atau apa-apa prosiding pentadbiran atau timbangtara atau apa-apa tuntutan atau pertikaian; atau

(b)

menjalankan transaksi terpencil yang tidak disolisit yang diselesaikan dalam masa tiga puluh satu hari, yang bukannya satu daripada sebilangan transaksi yang serupa yang diulangi lebih daripada dua kali.

Pendaftaran syarikat Labuan asing

Section 120 — AKTA SYARIKAT LABUAN 1990 | mylaw.my