Malaysia legislation

Section 121

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 121

(2)

Tiap-tiap syarikat asing, sebelum menubuhkan tempat perniagaan, atau menjalankan perniagaan, di Labuan, hendaklah menyerahkan kepada Lembaga bagi pendaftaran —

Syarikat Labuan 153

(a)

suatu salinan diperakui perakuan pemerbadanannya atau pendaftarannya di tempat ianya diperbadankan atau ditempat asalnya, atau suatu dokumen yang mempunyai kesan yang sama;

(b)

suatu salinan diperakui piagam, statut atau memorandum dan perkara atau surat cara lain yang menjadi atau menentukan perlembagaan syarikat itu;

(c)

suatu senarai pengarah dan pegawai yang mengandungi butir-butir, yang berkenaan dengan pengarah syarikat itu, adalah sama dengan butir-butir yang dikehendaki terkandung dalam daftar pengarah dan setiausaha di bawah seksyen 94;

(d)

jika senarai yang disebutkan dalam perenggan (c) termasuk pengarah pemastautin di Labuan adalah anggota lembaga pengarah tempatan, suatu memorandum yang dilaksanakan dengan wajarnya oleh atau bagi pihak suatu syarikat Labuan asing yang menyatakan kuasa pengarah tempatan;

(e)

suatu memorandum pelantikan atau surat kuasa wakil di bawah meterai syarikat asing itu atau yang dilaksanakan bagi pihak syarikat itu mengikut suatu cara yang mengikat syarikat itu dan, dalam mana-mana hal itu, ditentusahkan mengikut cara ditetapkan, yang menyatakan nama suatu syarikat amanah Labuan yang diberi kuasa untuk menerima bagi pihaknya penyampaian proses dan apa-apa notis yang dikehendaki disampaikan ke atas syarikat itu; dan

(f)

suatu akuan berkanun dalam bentuk yang ditetapkan yang dibuat oleh seorang pegawai syarikat amanah Labuan itu, dan Lembaga bolehlah, apabila dibayar fi yang ditetapkan, dan tertakluk pada Akta ini dan apa-apa syarat yang boleh dikenakan oleh

Lembaga, mendaftarkan syarikat itu di bawah Bahagian ini sebagai suatu syarikat Labuan asing dengan mendaftarkan dokumen itu.

(3)

Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu perakuan, dalam bentuk ditetapkan, mengenai tiap-tiap pendaftaran suatu syarikat

154

Undang-Undang Malaysia

Labuan asing dan perakuan itu hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa kehendak mengenai pendaftaran telah dipatuhi.

(4)

Jika suatu memorandum pelantikan atau surat kuasa wakil yang diserahkan kepada Lembaga menurut perenggan (2)(e) telah dilaksanakan oleh seseorang bagi pihak suatu syarikat Labuan asing, suatu salinan surat ikatan atau dokumen yang memberikan kuasa kepada orang itu untuk melaksanakan memorandum pelantikan atau surat kuasa wakil itu, yang ditentusahkan secara akuan berkanun mengikut cara yang ditetapkan, hendaklah diserahkan kepada

Lembaga dan salinannya hendaklah dikira sebagai salinan yang asal bagi semua maksud.

(5)

Suatu syarikat Labuan asing hendaklah membayar fi tahunan mengikut seksyen 151.

Larangan dan sekatan ke atas syarikat Labuan asing

Section 121 — AKTA SYARIKAT LABUAN 1990 | mylaw.my