Malaysia legislation

Section 124

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 124

(a)

piagam, statut, memorandum atau perkara sesuatu syarikat

Labuan asing, atau surat cara lain yang berhubung dengan syarikat itu yang diserahkan kepada Lembaga;

(b)

pengarah suatu syarikat Labuan asing atau nama atau alamat mana-mana pengarah;

(c)

alamat pejabat berdaftar suatu syarikat Labuan asing di tempat pemerbadanannya atau tempat asalnya;

(d)

nama suatu syarikat Labuan asing;

(e)

kuasa mana-mana pengarah pemastautin di Labuan yang syarikat Labuan asing; atau

(f)

syarikat amanah Labuan atau nama atau alamat syarikat amanah Labuan yang disebutkan dalam perenggan 121(2)(e), ditukar atau diubah, syarikat Labuan asing itu hendaklah, dalam masa satu bulan selepas pertukaran atau perubahan itu, menyerahkan kepada Lembaga butir-butir pertukaran atau perubahan itu dan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan.

*CATATAN—Sebelum ini “Sepuluh”—lihat seksyen 46 Akta Syarikat Labuan (Pindaan) 2022

[Akta A1653].

156

Undang-Undang Malaysia

(2)

Apabila menerima butir-butir yang tersebut dahulu mengenai pertukaran atau perubahan itu, Lembaga hendaklah, tertakluk pada

Akta ini, mendaftarkan pertukaran atau perubahan itu.

(3)

Apabila diserahkan kepada Lembaga butir-butir mengenai apa-apa pertukaran atau perubahan nama sesuatu syarikat Labuan asing yang disebut dalam perenggan (1)(d), Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu perakuan dalam bentuk yang ditetapkan di bawah meterainya, dan perakuan itu hendaklah menjadi keterangan prima facie dalam semua mahkamah tentang pertukaran atau perubahan nama syarikat itu.

(4)

Jika suatu syarikat

Labuan asing menambah atau mengurangkan modal syernya yang dibenarkan, syarikat itu hendaklah, dalam masa tiga puluh hari selepas penambahan atau pengurangan itu, menyerahkan kepada Lembaga notis amaun yang daripada dan kepadanya ia telah berubah.

(5)

Jika suatu syarikat Labuan asing yang tidak mempunyai suatu modal syer menambah bilangan anggotanya sehingga melebihi bilangan yang didaftarkan, syarikat itu hendaklah, dalam masa tiga puluh hari selepas pertambahan itu ditetapkan atau berlaku, menyerahkan kepada Lembaga notis mengenai pertambahan itu.

Penyampaian ke atas syarikat Labuan asing