Malaysia legislation
Section 125
Seksyen 125
Apa-apa proses atau dokumen yang dikehendaki disampaikan ke atas sesuatu syarikat Labuan asing disampaikan dengan secukupnya jika proses atau dokumen itu dialamatkan kepada syarikat Labuan asing itu dan ditinggalkan di pejabat berdaftarnya di
Labuan atau dihantar melalui pos kepada pejabat berdaftarnya di
(a)
jika mana-mana syarikat sedemikian ingkar untuk memfailkan dengan Lembaga nama dan alamat pejabat berdaftar yang dibenarkan menerima penyampaian proses atau notis bagi pihak syarikat itu;
Syarikat Labuan 157
(b)
jika pada bila-bila masa pejabat berdaftar yang telah diserahkan notis tidak lagi wujud; atau
(c)
jika kerana apa-apa sebab lain penyampaian proses atau notis tidak boleh disempurnakan, dokumen itu bolehlah disampaikan ke atas syarikat itu dengan meninggalkannya di, atau menghantarkannya kepada, mana-mana tempat perniagaan di Labuan yang ditubuhkan oleh syarikat itu, atau, jika tiada tempat perniagaan sedemikian telah ditubuhkan, dokumen itu bolehlah diserahkan ke atas syarikat itu melalui pos berdaftar di mana-mana tempat perniagaan syarikat itu di Negara syarikat itu diperbadankan.
Pemberhentian perniagaan di Labuan