Malaysia legislation

Section 126

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 126

Labuan tetapi —

Jika suatu syarikat Labuan asing berhenti daripada mempunyai tempat perniagaan atau menjalankan perniagaan di Labuan, syarikat itu hendaklah, dalam masa satu bulan selepas pemberhentian itu, menyerahkan kepada Lembaga notis mengenai fakta itu, dan dari hari notis itu diserahkan, obligasi syarikat itu untuk menyerahkan apa-apa dokumen (yang bukannya dokumen yang sepatutnya diserahkan sebelum hari itu) kepada Lembaga hendaklah tamat, dan Lembaga boleh dengan serta-merta memotong nama syarikat Labuan asing itu daripada daftar.