Malaysia legislation
Section 127
Seksyen 127
Pelikuidasian atau pembubaran syarikat di tempat pemerbadanan, penubuhan atau tempat asal
(a)
suatu notis tentang pelikuidasian atau pembubaran itu; dan 158
Undang-Undang Malaysia
(b)
apabila pelikuidasi dilantik bagi syarikat Labuan asing itu di tempat pemerbadanan, penubuhan atau di tempat asalnya
(“pelikuidasi asing”), suatu notis tentang pelantikan itu.
(2)
Apabila notis dalam perenggan (1)(a) diterima, Lembaga hendaklah dengan serta-merta melantik pelikuidasi yang diluluskan, dan sehinggalah pelikuidasi yang diluluskan itu dilantik bagi syarikat
Labuan asing itu, pelikuidasi asing itu hendaklah mempunyai kuasa dan fungsi seorang pelikuidasi yang diluluskan.
(3)
Jika syarikat Labuan asing itu tidak menyerahkan notis di bawah perenggan (1)(a), Lembaga boleh, pada bila-bila masa selepas habisnya tempoh satu bulan selepas berkuat kuasanya pelikuidasian atau pembubaran syarikat Labuan asing itu, melantik pelikuidasi yang diluluskan bagi syarikat Labuan asing itu.
(4)
Apabila pelikuidasi yang diluluskan dilantik di bawah subseksyen (2) atau (3), Mahkamah hendaklah disifatkan telah memerintahkan supaya syarikat Labuan asing itu digulung.
(5)
Pelikuidasi yang diluluskan hendaklah mengumpulkan kesemua aset syarikat Labuan asing itu yang berada atau boleh didapatkan di Labuan dan hendaklah, apabila berbuat demikian, mempunyai semua kuasa pelikuidasi yang diluluskan bagi suatu syarikat Labuan.
(6)
Sebelum membayar atau memindahmilikkan kepada pelikuidasi asing apa-apa aset yang dikumpulkan di Labuan, pelikuidasi yang diluluskan itu hendaklah —
(a)
membayar kepada Lembaga kesemua penalti, kos, fi dan caj yang kena dibayar dan terhutang;
(b)
membayar amaun kesemua cukai yang kena dibayar di bawah
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445]; dan
(c)
membayar kepada mana-mana pemastautin yang kepadanya, pada masa pelantikan pelikuidasi yang diluluskan di Labuan, apa-apa hutang yang ditanggung dengan suci hati oleh syarikat Labuan asing itu berkenaan
Syarikat Labuan 159
dengan pembekalan perkhidmatan kepada atau bagi syarikat
Labuan asing itu kena dibayar, amaun hutang itu, dan penalti, kos, fi, caj, cukai dan hutang itu hendaklah menjadi suatu caj ke atas aset syarikat Labuan asing itu yang berperingkat selepas kos pelikuidasi yang diluluskan yang dilantik oleh Lembaga tetapi yang menjadi keutamaan berbanding semua caj dan tuntutan lain walau apa pun jua.
(7)
Syarikat Labuan asing itu hendaklah disifatkan terus wujud di
Labuan sehinggalah penggulungan hal-ehwalnya di
Labuan diselesaikan.
(8)
Peruntukan Bahagian X Akta ini yang berhubungan dengan pemotongan daripada daftar nama syarikat yang tidak berfungsi lagi hendaklah terpakai secara mutatis mutandis bagi sesuatu syarikat
Labuan asing.
Nama syarikat Labuan asing