Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(2)
Lembaga boleh membatalkan mana-mana kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1).
(3)
Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar bagi pelikuidasi yang diluluskan.
(4)
Tiada seorang pun boleh dilantik atau bertindak sebagai pelikuidasi sesuatu syarikat Labuan—
(a)
jika dia bukannya seorang pelikuidasi yang diluluskan;
(b)
jika dia terhutang dengan syarikat yang dilikuidasikan itu atau dengan sesuatu syarikat yang disifatkan berkaitan dengan syarikat yang dilikuidasikan itu menurut seksyen 4
sebanyak amaun yang melebihi dua puluh ribu ringgit atau
Syarikat Labuan 35
suatu amaun yang setara dalam apa-apa mata wang lain;
atau
(c)
jika dia tidak memberi persetujuannya secara bertulis bagi pelantikan itu.
(4A)
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, orang yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Penalti: Lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(5)
Jika seorang pelikuidasi yang diluluskan dilantik sebagai pelikuidasi sesuatu syarikat Labuan, sama ada oleh Mahkamah atau dalam suatu penggulungan sukarela, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu Lembaga secara bertulis mengenai apa-apa kepentingan yang dipunyainya dalam syarikat Labuan itu sebagai pegawai, majikan atau pekerja syarikat Labuan itu atau sebagai pekongsi, majikan atau pekerja seseorang pegawai syarikat Labuan itu, dan apa-apa kepentingan yang dipunyai oleh syarikat yang berkaitan dengannya dalam syarikat Labuan itu.
(6)
Seseorang pelikuidasi yang diluluskan hendaklah menyerahkan atau memfailkan apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya diserahkan atau difailkan di bawah Akta ini dalam tempoh yang ditentukan.
(7)
Seseorang pelikuidasi yang diluluskan yang tidak mematuhi subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Daftar