Malaysia legislation

Section 130N

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 130N

Tafsiran

(1)

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —

“aset sel” ertinya aset sesuatu syarikat sel terlindung Labuan yang berkaitan dengan sel syarikat sel terlindung;

162

Undang-Undang Malaysia

“dividen sel” ertinya dividen yang dibayar oleh sesuatu syarikat sel terlindung Labuan berkenaan dengan syer sel;

“modal sel” ertinya hasil terbitan syer sel;

“sel” ertinya sel yang diwujudkan oleh suatu syarikat sel terlindung

Labuan bagi maksud mengasingkan dan melindungi aset sel mengikut cara yang diperuntukkan di bawah Bahagian ini;

“syarikat sel terlindung Labuan” ertinya sesuatu syarikat Labuan yang diperbadankan sebagai, atau ditukar menjadi, syarikat sel terlindung mengikut peruntukan Bahagian ini;

“syer sel” ertinya syer yang diwujudkan dan diterbitkan oleh suatu sel dalam syarikat sel terlindung Labuan.