Malaysia legislation
Section 130O
Seksyen 130O
Syarikat sel terlindung Labuan
(a)
suatu syarikat Labuan boleh diperbadankan sebagai suatu syarikat sel terlindung Labuan; dan
(b)
suatu syarikat Labuan sedia ada boleh, jika dibenarkan oleh perkara dan oleh ketetapan khas, ditukar menjadi suatu syarikat sel terlindung Labuan.
(2)
Suatu syarikat sel terlindung Labuan boleh menubuhkan satu sel atau lebih bagi maksud mengasingkan dan melindungi aset sel mengikut cara yang diperuntukkan oleh Bahagian ini.
(3)
Bagi maksud Akta ini, walaupun suatu syarikat sel terlindung
Labuan boleh mewujudkan satu sel atau lebih menurut peruntukan
Bahagian ini, syarikat sel terlindung Labuan itu hendaklah menjadi orang tunggal di sisi undang-undang, dan pewujudan sel oleh syarikat sel terlindung Labuan itu tidak mewujudkan, berkenaan dengan sel itu, orang di sisi undang-undang yang berasingan daripada syarikat sel terlindung Labuan itu.
Syarikat Labuan 163
(4)
Tiada syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing boleh diperbadankan sebagai, atau ditukar menjadi, atau beroperasi sebagai suatu syarikat sel terlindung Labuan melainkan jika ia dibentuk, dan akan beroperasi semata-mata bagi maksud —
(a)
menjalankan perniagaan insurans Labuan atau perniagaan insurans kaptif
Labuan atas apa-apa terma yang diperuntukkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan
Sekuriti Labuan 2010 dan perniagaan takaful Labuan atau perniagaan takaful kaptif Labuan atas terma yang diperuntukkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan
Sekuriti Islam Labuan 2010; atau
(b)
menjalankan perniagaan kumpulan wang bersama di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010
dan perniagaan kumpulan wang bersama Islam di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010.
Kelulusan Lembaga