Malaysia legislation
Section 130R
Seksyen 130R
(2)
Setiap sel suatu syarikat sel terlindung Labuan hendaklah mempunyai nama atau gelarannya sendiri yang berbeza.
(3)
Memorandum atau perkara sesuatu syarikat sel terlindung
Labuan hendaklah menyatakan bahawa ia suatu syarikat sel terlindung Labuan.
(4)
Suatu syarikat sel terlindung Labuan boleh, untuk mematuhi subseksyen (3), mengubah memorandum atau perkara melalui ketetapan khas, dan peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pengubahan memorandum atau perkara hendaklah terpakai.
(5)
Melainkan jika dan sehingga suatu syarikat sel terlindung
Labuan mematuhi peruntukan seksyen ini, ia tidak boleh disifatkan sebagai suatu syarikat sel terlindung Labuan bagi maksud Bahagian ini.
Aset sel dan am