Malaysia legislation
Section 130S
Seksyen 130S
Syarikat Labuan 165
(a)
aset sel yang terdiri daripada aset syarikat sel terlindung
Labuan yang dipegang dalam atau bagi pihak sel terlindung syarikat itu; atau
(b)
aset am yang terdiri daripada aset syarikat sel terlindung
Labuan yang bukan aset sel.
(2)
Aset sel terlindung terdiri daripada —
(a)
aset yang merupakan balasan yang dibayar atau kena dibayar bagi terbitan syer sel terlindung dan rizab yang boleh dikaitkan dengan sel terlindung; dan
(b)
semua aset lain yang boleh dikaitkan dengan atau dipegang dalam sel terlindung.
(3)
Suatu syarikat sel terlindung Labuan hendaklah —
166
Undang-Undang Malaysia
(a)
menyenggarakan rekod yang berasingan bagi aset sel dan menyimpan aset sel yang dipegang bagi setiap sel berasingan daripada aset sel yang dipegang bagi apa-apa sel lain dan daripada aset am; dan
(b)
mengatur perlindungan yang sepatutnya bagi aset sel, baik antara sel mahupun berkenaan dengan aset am, dengan cara pengasingan dan pengenalpastian yang jelas.
(4)
Kewajipan yang dikenakan oleh subseksyen (3) tidaklah dilanggar semata-mata kerana pengarah-pengarah sesuatu syarikat sel terlindung Labuan —
(a)
termasuk pengarah yang dilantik untuk menguruskan hal ehwal sel atau sel-sel tertentu;
(b)
telah melantik suatu jawatankuasa untuk melaksanakan kewajipannya berhubung dengan sel atau sel-sel tertentu;
(c)
telah menyebabkan atau membenarkan aset sel atau aset am, atau kombinasi kedua-duanya, secara kolektif dilaburkan atau secara kolektif diuruskan oleh pengurus pelaburan; atau
(d)
telah menyebabkan atau membenarkan aset sel dan aset am dipegang oleh atau melalui penama atau pemegang amanah:
Dengan syarat bahawa aset yang berkenaan masih boleh dikenal pasti secara berasingan mengikut subseksyen (3).
(5)
Sekiranya terdapat pelanggaran subseksyen (3) —
(a)
setiap pengarah dan pegawai yang melakukan pelanggaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah bertanggungan secara sendiri bagi apa-apa kerugian atau kerosakan akibat daripada pelanggaran itu; dan
(b)
setiap pengarah dan pegawai sedemikian hendaklah secara berasingan mempunyai hak tanggung rugi terhadap aset am syarikat sel terlindung Labuan itu, melainkan jika dia bertindak secara fraud, melulu atau dengan niat jahat.
Syarikat Labuan 167
Syer sel dan modal syer sel