Malaysia legislation

Section 130T

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 130T

(1A)

Jika suatu syarikat sel terlindung Labuan membuat apa-apa pengumpukan syer selnya, syarikat sel terlindung Labuan itu hendaklah, dalam masa tiga puluh hari, menyerahkan kepada

Lembaga maklumat mengenai pengumpukan itu.

(2)

Hasil penerbitan syer itu selain syer sel yang diwujudkan dan diterbitkan oleh sesuatu syarikat sel terlindung Labuan hendaklah terkandung dalam aset am syarikat sel terlindung Labuan.

(3)

Dividen sel boleh dibayar oleh sesuatu syarikat sel terlindung

Labuan berkenaan dengan syer sel dengan merujuk hanya kepada aset sel dan liabiliti yang boleh dikaitkan dengan sel itu yang berkenaan dengannya syer sel itu telah diterbitkan.

(4)

Dalam menentukan dividen sel, tidaklah perlu diambil kira —

(a)

keuntungan dan kerugian, atau aset dan liabiliti, yang boleh dikaitkan dengan mana-mana sel lain syarikat sel terlindung

Labuan itu; atau

(b)

keuntungan dan kerugian yang bukan dari sel, atau aset dan liabiliti, syarikat sel terlindung Labuan itu.

(5)

Sesuatu syarikat sel terlindung

Labuan hendaklah menyediakan perakuan hakmilik mengenai syer sel, berkenaan dengan mana-mana syer sel baharu yang diterbitkan olehnya, dipindahkan kepadanya atau didaftarkan olehnya atau yang hendak digantikan olehnya akibat daripada kehilangannya, kecurian atau kerosakannya, dan setiap perakuan itu mesti menyatakan —

(a)

sel yang dengannya syer sel itu berkaitan;

168

Undang-Undang Malaysia

(b)

bilangan syer sel, yang hakmiliknya dibuktikan oleh perakuan itu;

(c)

jika syarikat sel terlindung Labuan mempunyai lebih daripada satu kelas syer sel, kelas syer sel itu, yang hak miliknya dibuktikan dengan perakuan itu; dan

(d)

nama pemegangnya.

Daftar pemegang syer

Section 130T — AKTA SYARIKAT LABUAN 1990 | mylaw.my