Malaysia legislation

Section 130W

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 130W

(2)

Terma yang berikut adalah tersirat dalam tiap-tiap transaksi yang dibuat oleh suatu syarikat sel terlindung Labuan:

(a)

bahawa tiada pihak boleh, sama ada dalam apa-apa prosiding atau dengan apa-apa cara lain, menggunakan mana-mana aset sel yang boleh dikaitkan dengan mana-mana sel syarikat sel terlindung Labuan untuk menjelaskan liabiliti yang tidak boleh dikaitkan dengan sel itu;

(b)

bahawa jika mana-mana pihak berjaya melalui apa-apa cara dalam menggunakan apa-apa aset sel yang boleh dikaitkan dengan mana-mana sel syarikat sel terlindung Labuan untuk menjelaskan liabiliti yang tidak boleh dikaitkan dengan sel itu, pihak itu adalah bertanggungan untuk membayar kepada syarikat sel terlindung Labuan itu sejumlah wang yang bersamaan dengan nilai faedah yang diperolehnya; dan

(c)

bahawa jika mana-mana pihak berjaya menyita atau menahan atau selainnya melevi pelaksanaan terhadap mana-mana aset sel yang boleh dikaitkan dengan mana-mana sel syarikat sel terlindung Labuan untuk menjelaskan liabiliti yang tidak boleh dikaitkan dengan sel itu, pihak itu hendaklah memegang aset itu atau hasilnya atas sifat fidusiari bagi syarikat sel terlindung Labuan itu dan

170

Undang-Undang Malaysia hendaklah menyimpan aset atau hasil itu secara berasingan dan boleh dikenal pasti bagi maksud itu.

(3)

Semua wang yang didapatkan oleh sesuatu syarikat sel terlindung Labuan akibat daripada apa-apa obligasi sedemikian yang diperihalkan dalam perenggan (2)(c) hendaklah dikreditkan terhadap apa-apa liabiliti bersama yang dikenakan di bawah terma tersirat yang dinyatakan dalam perenggan (2)(b).

(4)

Apa-apa aset atau wang yang didapatkan oleh sesuatu syarikat sel terlindung Labuan menurut terma tersirat yang dinyatakan dalam perenggan (2)(b) atau (c) atau dengan apa-apa cara lain dalam keadaan yang disebut dalam perenggan itu hendaklah, selepas ditolak atau dibayar apa-apa kos bagi pemendapatan itu, digunakan oleh syarikat sel terlindung Labuan itu untuk mempampasi sel yang terjejas itu.

(5)

Sekiranya apa-apa aset sel yang boleh dikaitkan dengan sel sesuatu syarikat sel terlindung Labuan disita, ditahan, dilevi atau selainnya diambil dalam pelaksanaan berkenaan dengan liabiliti yang tidak boleh dikaitkan dengan sel itu, dan setakat yang aset atau pampasan yang berkenaan dengannya tidak boleh selainnya dikembalikan kepada sel yang terjejas, syarikat sel terlindung Labuan hendaklah—

(a)

menyebabkan atau mendapatkan juruauditnya, yang bertindak sebagai pakar dan bukan sebagai penimbang tara, untuk memperakukan nilai aset yang telah hilang daripada sel yang terjejas; dan

(b)

memindahkan atau membayar kepada sel yang terjejas, daripada aset sel atau aset am yang dengannya liabiliti itu boleh dikaitkan, aset atau wang yang mencukupi untuk memulangkan nilai aset yang telah hilang itu kepada sel yang terjejas.

(6)

Jika suatu syarikat sel terlindung Labuan berobligasi untuk membuat pemindahan atau pembayaran daripada aset sel yang boleh dikaitkan dengan sel syarikat sel terlindung Labuan itu di bawah perenggan (2)(b), dan aset itu tidak mencukupi, syarikat sel

Syarikat Labuan 171

terlindung itu hendaklah setakat yang boleh menampung kekurangan itu daripada aset amnya.

Liabiliti