Malaysia legislation
Section 130X
Seksyen 130X
(a)
aset sel yang boleh dikaitkan dengan sel itu hendaklah digunakan untuk menjelaskan liabiliti itu; dan
(b)
pemiutang yang berkenaan dengan sel itu tidak berhak untuk membuat tuntutan terhadap aset sel mana-mana sel lain atau aset am syarikat sel terlindung Labuan itu.
(2)
Jika sesuatu liabiliti berbangkit yang tidak boleh dikaitkan dengan sel tertentu sesuatu syarikat sel terlindung Labuan —
(a)
liabiliti itu hendaklah dijelaskan hanya daripada aset am syarikat sel terlindung Labuan itu; dan
(b)
pemiutang yang berkenaan dengan liabiliti itu tidak berhak untuk membuat tuntutan terhadap aset sel mana-mana sel syarikat sel terlindung Labuan itu.
(3)
Tanpa menjejaskan peruntukan yang terdahulu —
(a)
aset sel yang boleh dikaitkan dengan sel tertentu sesuatu syarikat sel terlindung Labuan —
(i)
tersedia hanya untuk pemiutang syarikat sel terlindung Labuan yang merupakan pemiutang berkenaan dengan sel itu dan yang dengan itu berhak untuk membuat tuntutan terhadap asset sel yang boleh dikaitkan dengan sel itu; dan
(ii)
hendaklah terlindung secara mutlak daripada pemegang syer syarikat sel terlindung Labuan dan daripada pemiutang syarikat sel terlindung Labuan
172
Undang-Undang Malaysia yang bukan pemiutang yang berkenaan dengan sel itu dan yang sewajarnya tidak berhak untuk membuat tuntutan terhadap aset sel yang boleh dikaitkan dengan sel itu; dan
(b)
aset sel yang tidak boleh dikaitkan dengan sel tertentu sesuatu syarikat sel terlindung Labuan tidak boleh digunakan untuk menjelaskan apa-apa liabiliti yang boleh dikaitkan dengan sel itu.
(4)
Sekiranya terdapat apa-apa pertikaian tentang —
(a)
sama ada apa-apa hak adalah atau tidak berkenaan dengan sesuatu sel tertentu;
(b)
sama ada seseorang pemiutang ialah atau bukan pemiutang berkenaan dengan sesuatu sel tertentu;
(c)
sama ada sesuatu liabiliti boleh atau tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu sel tertentu; atau
(d)
amaun yang dengannya apa-apa liabiliti dihadkan,
Mahkamah, atas permohonan syarikat sel terlindung Labuan atau pemiutang yang bertikai dengan syarikat sel terlindung
Labuan itu, dan tanpa menjejaskan apa-apa hak atau remedi lain yang ada pada mana-mana orang, boleh mengeluarkan suatu perisytiharan berkenaan dengan perkara dalam pertikaian itu.
Penzahiran