Malaysia legislation

Section 130Y

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 130Y

(a)

memaklumkan mana-mana orang yang dengannya dia menjalankan transaksi bahawa ia adalah suatu syarikat sel terlindung Labuan;

(b)

bagi maksud transaksi itu, mengenal pasti atau menyatakan sel yang berkenaan dengannya orang itu menjalankan

Syarikat Labuan 173

transaksi, melainkan jika transaksi itu bukan transaksi berkenaan dengan sesuatu sel tertentu; dan

(c)

jika transaksi itu adalah berkenaan dengan sesuatu sel tertentu, memaklumkan orang itu bahawa aset sel bagi sel itu, dan hanya aset itu, boleh digunakan untuk membayar obligasi dan liabiliti sel itu.

(2)

Jika, berlanggaran dengan subseksyen (1), sesuatu syarikat sel terlindung Labuan —

(a)

tidak memaklumkan seseorang bahawa dia menjalankan transaksi dengan suatu syarikat sel terlindung Labuan, dan orang itu selainnya tidak menyedari bahawa, dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa, dia menjalankan transaksi dengan suatu syarikat sel terlindung Labuan;

(b)

tidak mengenal pasti atau menyatakan sel yang berkenaan dengannya seseorang itu menjalankan transaksi, dan orang itu selainnya tidak menyedari, dan tiada asas munasabah untuk mengetahui, sel yang mana yang dengannya dia menjalankan transaksi; atau

(c)

tidak memaklumkan orang itu bahawa aset sel bagi sel itu, dan hanya aset itu, boleh digunakan untuk membayar obligasi dan liabiliti sel itu, maka, dalam mana-mana hal sedemikian, pengarah-pengarah hendaklah menanggung sendiri liabiliti kepada orang itu berkenaan dengan transaksi itu, dan setiap pengarah hendaklah secara berasingan mempunyai hak tanggung rugi terhadap aset am syarikat sel terlindung Labuan itu, melainkan jika dia bertindak secara fraud, melulu, cuai bertindak atau dengan niat jahat.

(3)

Walau apa pun subseksyen yang terdahulu, Mahkamah boleh melepaskan seorang pengarah atau pegawai, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada semua atau sebahagian liabiliti dirinya di bawah subseksyen itu jika dia memuaskan Mahkamah bahawa dia patut secara adilnya dilepaskan sedemikian kerana —

174

Undang-Undang Malaysia

(a)

dia tidak menyedari hal keadaan yang menimbulkan liabilitinya dan, dalam keadaan tidak menyedari itu, dia tidak bertindak secara fraud, melulu atau cuai atau bertindak dengan niat jahat; atau

(b)

dia dengan nyata telah membantah, dan menjalankan apa-apa hak yang ada padanya sebagai pengarah atau pegawai, sama ada melalui kuasa mengundi atau selainnya, untuk cuba menghalang hal keadaan yang menimbulkan liabilitinya itu.

(4)

Jika Mahkamah melepaskan seseorang pengarah atau pegawai daripada semua atau sebahagian liabiliti dirinya di bawah subseksyen (3), Mahkamah boleh memerintahkan supaya liabiliti yang berkenaan hendaklah sebaliknya dibayar daripada apa-apa—

(a)

aset sel yang relevan yang berkenaan dengannya orang itu berurusan atau menjalankan transaksi; atau

(b)

aset am syarikat sel terlindung Labuan itu, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(5)

Mana-mana peruntukan dalam perkara sesuatu syarikat sel terlindung Labuan atau mana-mana peruntukan kontrak lain yang di bawahnya syarikat sel terlindung Labuan itu boleh bertanggungan yang berupa untuk —

(a)

mengelak penanggungan liabiliti diri ke atas pengarah atau pegawai dalam hal keadaan yang diperihalkan dalam seksyen ini; atau

(b)

menanggung rugi pengarah atau pegawai berkenaan dengan tingkah laku yang mungkin selainnya akan menidakkan hak mereka untuk ditanggung rugi terhadap aset yang bukan aset sel menurut kuasa seksyen ini, adalah tidak sah.

Syarikat Labuan 175

Urus niaga dan transaksi antara aset sel

Section 130Y — AKTA SYARIKAT LABUAN 1990 | mylaw.my