Malaysia legislation
Section 130Z
Seksyen 130Z
Sesuatu syarikat sel terlindung Labuan boleh —
(a)
memindahkan aset sel yang boleh dikaitkan dengan sesuatu sel syarikat sel terlindung Labuan dengan sel yang lain syarikat sel terlindung Labuan itu; atau
(b)
mencantumkan atau menyatukan suatu sel syarikat sel terlindung Labuan dengan, atau menjadi, satu sel atau lebih yang lain syarikat sel terlindung Labuan itu:
Dengan syarat bahawa Lembaga telah memberikan persetujuan bertulisnya apabila ia berpuas hati bahawa —
(i)
pemiutang syarikat sel terlindung Labuan itu yang berhak untuk membuat tuntutan terhadap aset sel yang boleh dikaitkan dengan sel itu telah bersetuju dengan pemindahan, percantuman atau penyatuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau selainnya tidak akan dimudaratkan secara tidak adil; dan
(ii)
pemegang syer syarikat sel terlindung Labuan dan setiap sel yang relevan bersetuju dengan pemindahan, percantuman atau penyatuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau selainnya tidak akan dimudaratkan secara tidak adil.
Pemindahan aset sel
130ZA. (1) Tertakluk pada peruntukan seksyen ini, sesuatu syarikat sel terlindung Labuan boleh memindahkan aset sel yang boleh dikaitkan dengan mana-mana sel syarikat sel terlindung Labuan itu, tetapi tidak aset am Labuan syarikat sel terlindung itu, kepada orang lain, sama ada bermastautin atau diperbadankan, dan sama ada atau tidak suatu syarikat sel terlindung Labuan.
176
Undang-Undang Malaysia
(2)
Tiada pemindahan dalam subseksyen (1) boleh dibuat kecuali jika dibuat di bawah kuasa ketetapan khas pemegang syer yang dibuat atas syor ketetapan pengarah-pengarah:
Dengan syarat bahawa pengarah-pengarah tidak boleh membuat syor berhubung dengan sesuatu sel dalam suatu syarikat sel terlindung Labuan melainkan jika mereka berpuas hati bahawa —
(a)
pemiutang syarikat sel terlindung Labuan yang berhak untuk membuat tuntutan terhadap aset sel yang boleh dikaitkan dengan sel itu telah bersetuju dengan pemindahan itu; atau
(b)
pemiutang itu tidak akan dimudaratkan secara tidak adil dengan pemindahan itu; dan
(c)
Lembaga telah memberikan persetujuannya terlebih dahulu bagi pemindahan itu.
(3)
Lembaga boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut terhadap persetujuan yang diberikan di bawah perenggan (2)(c), termasuk syarat tentang penunaian tuntutan pemiutang yang berhak untuk membuat tuntutan terhadap aset sel yang boleh dikaitkan dengan sel yang berhubung dengannya persetujuan itu dikehendaki.
(4)
Lembaga boleh bersetuju dengan pemindahan aset sel walaupun—
(a)
seorang pelikuidasi yang diluluskan telah dilantik untuk bertindak berkenaan dengan syarikat sel terlindung Labuan itu atau syarikat sel terlindung Labuan itu telah meluluskan ketetapan bagi penggulungan sukarela;
(b)
perintah penerimaan telah dibuat berkenaan dengan sel itu, syarikat sel terlindung Labuan itu atau mana-mana sel lain syarikat sel terlindung Labuan itu; atau
(c)
perintah pentadbiran telah dibuat berkenaan dengan sel itu, syarikat sel terlindung Labuan itu atau mana-mana sel lainnya.
Syarikat Labuan 177
(5)
Peruntukan seksyen ini adalah tanpa menjejaskan kuasa suatu syarikat sel terlindung Labuan untuk membuat pembayaran atau pemindahan daripada aset sel yang boleh dikaitkan dengan mana-mana sel syarikat sel terlindung Labuan kepada seseorang yang berhak, selaras dengan peruntukan Bahagian ini, untuk membuat tuntutan terhadap aset sel itu.
(6)
Seksyen ini tidak terpakai bagi pemindahan aset sel yang boleh dikaitkan dengan mana-mana sel sesuatu syarikat sel terlindung
Labuan dalam penjalanan biasa perniagaan syarikat sel terlindung
Labuan itu, melalui pembayaran, pelaburan atau selainnya.
Penerimaan dan penggulungan syarikat sel terlindung Labuan dan pelikuidasian sel
130ZB. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, dalam penerimaan dan penggulungan sesuatu syarikat sel terlindung
Labuan atau mana-mana sel Labuan syarikat sel terlindung itu, pelikuidasi yang diluluskan —
(a)
adalah terikat untuk berurusan dengan aset am syarikat sel terlindung Labuan itu atau aset sel setiap sel syarikat sel terlindung Labuan mengikut kehendak yang dihuraikan dalam subseksyen 130S(3); dan
(b)
dalam penunaian tuntutan pemiutang syarikat sel terlindung
Labuan itu atau setiap sel syarikat sel terlindung Labuan, hendaklah menggunakan aset syarikat sel terlindung Labuan itu bagi mereka yang berhak untuk membuat tuntutan kepadanya selaras dengan peruntukan Bahagian ini.
(2)
Peruntukan yang berhubungan dengan pembahagian harta atas penerimaan dan penggulungan hendaklah terpakai bagi syarikat sel terlindung Labuan itu, tertakluk pada apa-apa ubah suaian yang perlu untuk menjadikannya selaras dengan Bahagian ini.
178
Undang-Undang Malaysia
Pemakaian Akta ini
130ZC. Bagi mengelakkan keraguan, semua peruntukan Akta ini yang berhubung dengan syarikat Labuan hendaklah terpakai bagi suatu syarikat sel terlindung Labuan, dan jika konteksnya membenarkan atau menghendaki, hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang perlu bagi suatu sel sesuatu syarikat sel terlindung
Labuan.