Malaysia legislation

Section 131A

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 131A

(2)

Suatu permohonan bagi perisytiharan pembubaran di bawah subseksyen (1) hendaklah secara bertulis dan hendaklah disertakan dengan —

(a)

akuan berkanun yang dibuat oleh seorang pengarah atau anggota syarikat Labuan itu yang menyatakan —

(i)

bahawa syarikat Labuan itu telah berhenti beroperasi dan telah menjelaskan segala hutang dan liabilitinya

(selain hutang dan liabiliti yang terhutang kepada anggotanya); dan

(ii)

bahawa notis yang dikehendaki oleh subseksyen (3)

telah diberikan mengikut subseksyen itu dan tarikh notis terakhir sedemikian telah disiarkan atau diposkan, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

suatu salinan notis yang diberikan di bawah subseksyen (3); dan

(c)

notis bertulis daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri bahawa ia tiada bantahan kepada Lembaga membuat perisytiharan pembubaran syarikat Labuan itu.

(3)

Sebelum membuat permohonan kepada Lembaga di bawah seksyen ini, pemohon hendaklah memastikan bahawa notis yang membawa maksud bahawa pemohon bercadang untuk memohon kepada Lembaga untuk suatu perisytiharan pembubaran syarikat

Labuan itu dan bahawa Lembaga boleh membubarkan syarikat

Labuan itu melainkan jika bantahan bertulis dibuat kepada Lembaga dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis itu diposkan —

(a)

telah disiarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dan satu akhbar kewangan antarabangsa dalam suatu iklan; dan 180

Undang-Undang Malaysia

(b)

telah dihantar dengan pos berdaftar kepada setiap pengarah dan kepada setiap anggota syarikat Labuan itu ke alamat terakhir yang diketahui oleh syarikat Labuan itu.

(4)

Lembaga tidak boleh membuat perisytiharan pembubaran sesuatu syarikat Labuan lebih awal daripada tiga puluh hari selepas tarikh penyiaran atau pengeposan, mengikut mana-mana yang berkenaan, notis terakhir yang disiarkan atau diposkan bagi maksud subseksyen (3).

(5)

Apabila diterima apa-apa bantahan bertulis terhadap pembubaran syarikat Labuan itu, Lembaga hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemohon bagi perisytiharan pembubaran itu mengenai penerimaan bantahan itu dan identiti pembantah itu.

(6)

Jika seseorang pengarah, anggota atau pemiutang sesuatu syarikat Labuan telah membantah pembubaran syarikat Labuan itu,

Lembaga tidak boleh mengisytiharkan pembubaran syarikat Labuan itu, melainkan jika —

(a)

pengarah, anggota atau pemiutang, mengikut mana-mana yang berkenaan, menarik balik bantahan itu; atau

(b)

Lembaga memutuskan bahawa bantahan itu sama sekali tidak berjustifikasi dan pembantah tidak merayu kepada

Mahkamah terhadap keputusan Lembaga dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh dia diberitahu mengenai keputusan itu, dan Mahkamah telah mengekalkan keputusan

Lembaga.

(7)

Jika Lembaga tidak dilarang daripada mengisytiharkan pembubaran sesuatu syarikat Labuan menurut seksyen ini dan bersetuju dengan pembubaran itu, ia hendaklah memberitahu syarikat

Labuan itu bahawa, tertakluk pada memorandum dan perkara persatuan syarikat Labuan itu, ia berhak untuk membahagikan aset lebihannya di kalangan anggotanya mengikut hak dan kepentingan mereka masing-masing.

(8)

Syarikat Labuan itu hendaklah memberitahu Lembaga bahawa aset lebihannya telah dibahagikan mengikut subseksyen (7).

Syarikat Labuan 181

(9)

Apabila diterima pemberitahuan daripada sesuatu syarikat

Labuan bahawa aset lebihannya telah dibahagikan mengikut subseksyen (7), Lembaga boleh, melalui penyiaran dalam satu akhbar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dan satu akhbar kewangan antarabangsa, mengisytiharkan bahawa syarikat

Labuan itu dibubarkan dan, apabila disiarkan notis itu dalam Warta, syarikat

Labuan itu hendaklah terbubar:

Dengan syarat bahawa liabiliti, jika ada, tiap-tiap pegawai dan anggota syarikat Labuan itu hendaklah diteruskan dan boleh dikuatkuasakan seolah-olah syarikat Labuan itu tidak dibubarkan.

(10)

Jika sesuatu syarikat Labuan telah dibubarkan menurut seksyen ini, Mahkamah, atas permohonan yang dibuat oleh Lembaga atau mana-mana orang lain yang pada pendapat Mahkamah mempunyai kepentingan, sebelum habis tempoh enam tahun dari penyiaran notis pembubaran itu, boleh, jika berpuas hati bahawa pada masa pembubaran syarikat Labuan itu ia masih beroperasi atau belum menjelaskan segala hutang dan liabilitinya atau selainnya bahawa adalah adil bagi pembubaran syarikat Labuan itu dibatalkan, memerintahkan pembubaran syarikat Labuan itu dibatalkan dan apabila salinan bermeterai perintah itu dihantarserahkan kepada

Lembaga bagi pendaftaran, syarikat Labuan itu hendaklah disifatkan terus wujud seolah-olah ia tidak dibubarkan; dan Mahkamah boleh melalui perintah memberikan apa-apa arahan dan membuat peruntukan yang difikirkannya adil.

Penyampaian dokumen ke atas syarikat

Section 131A — AKTA SYARIKAT LABUAN 1990 | mylaw.my