Malaysia legislation
Section 133
Seksyen 133
(2)
Suatu syarikat Labuan tidak boleh memohon kepada Lembaga bagi kelulusan di bawah subseksyen (1) melainkan jika —
(a)
permohonan itu dibenarkan—
(i)
jika syarikat itu bermodal syer, oleh tidak kurang daripada tiga perempat pemegang syer daripada setiap kelas;
(ii)
oleh pemegang yang memegang tidak kurang daripada tiga perempat daripada setiap kelas debentur syarikat itu (jika ada); dan
(iii)
oleh semua pengarah syarikat itu; dan
(b)
syarikat itu, tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum memohon kepada Lembaga bagi kelulusan sedemikian,
Syarikat Labuan 183
telah menyiarkan suatu notis dalam surat khabar yang secara amnya diedarkan di Labuan mengenai niatnya untuk membuat permohonan itu, dan suatu permohonan sedemikian tidak boleh diterima melainkan jika permohonan itu disertai dengan suatu affidavit bersumpah seorang pengarah syarikat itu yang menyatakan —
(a)
nama dan alamat pemiutang syarikat itu dan jumlah amaun syarikat itu berhutang kepada pemiutangnya; dan
(b)
suatu pernyataan yang membawa maksud bahawa pemindahan domisil yang dicadangkan itu tidak akan memudaratkan hak atau kepentingan yang wajar mana-mana anggota, pemegang debentur atau pemiutang syarikat itu.
(3)
Lembaga tidak boleh memberi kelulusannya kepada suatu syarikat Labuan yang memohon untuk berpindah ke negara atau bidang kuasa lain melainkan jika Lembaga berpuas hati bahawa —
(a)
kehendak subseksyen (2) telah dipatuhi; dan
(b)
syarikat itu telah mematuhi peruntukan Akta ini yang ia sepatutnya patuhi, dan Lembaga boleh memberikan kelulusannya atas apa-apa syarat yang difikirkannya perlu untuk melindungi hak dan kepentingan sepatutnya seseorang anggota, pemegang debentur atau pemiutang syarikat itu atau suatu kelas anggota, pemegang debentur atau pemiutang syarikat itu dan atas syarikat itu mengambil apa-apa langkah yang didapati perlu oleh Lembaga untuk meremedikan apa-apa kegagalan untuk mematuhi peruntukan Akta ini.
(4)
Apabila suatu surat cara yang memindahkan syarikat itu ke negara atau bidang kuasa lain telah dilaksanakan oleh pegawai yang hak negara atau bidang kuasa lain itu, syarikat itu hendaklah dengan serta-merta memberitahu Lembaga butir-butir mengenainya dan syarikat itu hendaklah disifatkan telah berhenti menjadi suatu syarikat yang diperbadankan di Labuan dari tarikh berkuatkuasanya
184
Undang-Undang Malaysia pemindahannya ke negara atau bidang kuasa lain itu dan Lembaga hendaklah memotong nama syarikat itu daripada daftar:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa dalam subseksyen ini boleh mengambil atau menyentuh bidang kuasa mana-mana mahkamah untuk mendengar dan menyelesaikan apa-apa prosiding yang dimulakan dalam mahkamah itu oleh atau terhadap syarikat itu sebelum syarikat itu berhenti menjadi syarikat yang diperbadankan di
Labuan.
(5)
Jika suatu syarikat Labuan memberitahu Lembaga di bawah subseksyen (4) bahawa suatu surat cara yang memindahkan syarikat itu ke negara atau bidang kuasa lain telah dilaksanakan oleh pegawai yang hak di negara atau bidang kuasa lain itu dan pemberitahuan itu palsu, walaupun Lembaga telah memotong nama syarikat itu daripada daftar menurut kuasa subseksyen itu —
(a)
liabiliti (jika ada) mana-mana pegawai atau anggota syarikat itu hendaklah berterusan dan bolehlah dikuatkuasakan seolaholah syarikat itu masih didaftarkan di bawah Akta ini;
dan
(b)
syarikat itu bolehlah digulung menurut peruntukan Akta ini seolah-olah syarikat itu masih didaftarkan di bawah Akta ini.
Kos prosiding di hadapan mahkamah