Malaysia legislation

Section 137A

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 137A

(a)

pelanggaran Akta ini;

(b)

cubaan untuk melanggar Akta ini;

(c)

cubaan yang membantu, menyubahati, menasihati atau membolehkan seseorang untuk melanggar Akta ini;

(d)

cubaan untuk mendorong, sama ada dengan ancaman, janji atau selainnya, seseorang untuk melanggar Akta ini;

(e)

cubaan yang dengannya mana-mana orang akan dalam apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, dengan disedarinya menjadi terlibat dalam, atau pihak kepada, pelanggaran Akta ini oleh seseorang; atau

(f)

cubaan berkomplot dengan orang lain untuk melanggar

Akta ini,

Mahkamah boleh, atas permohonan Lembaga, atau seseorang yang kepentingannya telah terjejas, sedang terjejas atau akan menjadi terjejas oleh tingkah laku itu, memberikan injunksi, atas apa-apa terma yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah, menghalang orang yang mula-mula disebut itu daripada terlibat dalam tingkah laku itu dan, jika Mahkamah berpendapat wajar untuk berbuat demikian, menghendaki orang itu untuk melakukan apa-apa perbuatan atau benda.

(2)

Jika seseorang tidak atau enggan melakukan perbuatan atau benda yang dikehendaki oleh Akta ini supaya dilakukan olehnya,

Mahkamah boleh, atas permohonan Lembaga atau mana-mana orang yang kepentingannya telah terjejas, sedang terjejas atau akan terjejas dengan kegagalan atau keengganan orang itu untuk melakukan perbuatan atau benda itu, memberikan injunksi, atas apa-apa terma

188

Undang-Undang Malaysia yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah, menghendaki orang yang mula-mula disebut itu untuk melakukan perbuatan atau benda itu.

(3)

Kuasa Mahkamah untuk memberikan injunksi untuk menyekat seseorang daripada terlibat dalam tingkah laku itu boleh dijalankan sama ada atau tidak —

(a)

ternyata kepada Mahkamah bahawa orang itu bercadang untuk terlibat lagi atau terus terlibat, dalam tingkah laku yang seumpama itu;

(b)

orang itu sebelum ini telah terlibat dalam tingkah laku yang seumpama itu; atau

(c)

terdapat bahaya pasti kerugian substansial kepada mana-mana orang jika orang yang mula-mula disebut itu terlibat dalam tingkah laku yang seumpama itu.

(4)

Kuasa

Mahkamah untuk memberikan injunksi yang menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan atau benda boleh dijalankan sama ada atau tidak —

(a)

ternyata kepada Mahkamah bahawa orang itu bercadang untuk enggan atau sekali lagi tidak, atau untuk terus enggan atau tidak, melakukan perbuatan atau benda itu;

(b)

orang itu sebelum ini telah enggan atau telah tidak melakukan perbuatan atau benda itu; atau

(c)

terdapat bahaya pasti kerugian substansial kepada mana-mana orang jika orang yang mula-mula disebut itu enggan atau tidak melakukan perbuatan atau benda itu.

(5)

Jika Lembaga memohon kepada Mahkamah supaya diberi injunksi di bawah seksyen ini, Mahkamah tidak boleh menghendaki pemohon atau mana-mana orang lain, untuk memberikan aku janji tentang ganti rugi sebagai syarat pemberian injunksi interim.

(6)

Jika permohonan bagi injunksi di bawah subseksyen (1)

atau (2) telah dibuat, Mahkamah boleh, jika diputuskan oleh

Syarikat Labuan 189

Mahkamah sebagai sesuai, memberikan injunksi dengan persetujuan semua pihak kepada prosiding itu, sama ada atau tidak Mahkamah berpuas hati bahawa subseksyen itu terpakai.

(7)

Jika pada pendapat Mahkamah wajar berbuat sedemikian,

Mahkamah boleh memberikan injunksi interim sementara menunggu penentuan permohonan di bawah subseksyen (1).

(8)

Mahkamah boleh membatalkan atau mengubah injunksi yang diberikan di bawah subseksyen (1), (2) atau (7).

(9)

Dalam memberikan injunksi untuk menyekat seseorang daripada terlibat dalam tingkah laku tertentu, atau menghendaki seseorang untuk melakukan perbuatan atau benda tertentu,

Mahkamah boleh, sama ada sebagai tambahan kepada atau penggantian bagi pemberian injunksi itu, memerintahkan orang itu untuk membayar ganti rugi kepada mana-mana orang lain.

Luar aturan dalam prosiding

Section 137A — AKTA SYARIKAT LABUAN 1990 | mylaw.my