Malaysia legislation

Section 138

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 138

(2)

Tanpa menyentuh keluasan makna subseksyen (1) atau mana-mana peruntukan lain Akta ini, jika apa-apa peninggalan, kecacatan, kesilapan, luar aturan atau ketidaksempurnaan itu, termasuk ketiadaan kuorum di apa-apa mesyuarat syarikat Labuan itu, telah berlaku dalam pengurusan atau pentadbiran suatu syarikat Labuan yang disebabkannya apa-apa pelanggaran peruntukan Akta ini telah berlaku, atau telah berlaku keingkaran dalam mematuhi memorandum atau perkara syarikat itu, atau yang disebabkannya apa-

190

Undang-Undang Malaysia apa prosiding di atau berkaitan dengan apa-apa mesyuarat atau mesyuarat dikatakan telah dijadikan tidak berkesan, termasuk kegagalan untuk membuat atau menyerahkan apa-apa perisytiharan kesolvenan, Mahkamah —

(a)

boleh, sama ada atas usulnya sendiri atau atas permohonan yang diserahkan oleh orang yang berkepentingan, membuat apa-apa perintah atau arahan sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membetulkan atau menyebabkan dibetulkan atau untuk menegatifkan atau mengubah suai atau menyebabkan dinegatifkan atau diubahsuaikan akibat di sisi undang-undang apa-apa peninggalan, kecacatan, kesilapan, luar aturan atau ketidaksempurnaan itu, atau untuk mengesahkan apa-apa tindakan, perkara atau benda yang dijadikan tidak sah oleh atau berbangkit daripada apa-apa peninggalan, kecacatan, kesilapan, luar aturan atau ketidaksempurnaan itu;

(b)

hendaklah, sebelum membuat apa-apa perintah atau arahan sedemikian, memuaskan hatinya bahawa perintah atau arahan sedemikian tidak akan menyebabkan ketidakadilan kepada syarikat itu atau mana-mana anggota atau pemiutang syarikat itu, atau kepada mana-mana orang lain;

(c)

jika apa-apa perintah atau arahan sedemikian telah dibuat, boleh memberi apa-apa arahan sampingan atau berbangkit sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah; dan

(d)

boleh menentukan notis atau saman apa yang hendak diberi kepada orang lain mengenai niat untuk membuat apa-apa permohonan sedemikian atau niat untuk membuat apa-apa perintah atau arahan sedemikian dan sama ada ianya kena diiklankan dalam apa-apa surat khabar.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), “mesyuarat”, berhubung dengan sesuatu syarikat Labuan, termasuk —

(a)

mesyuarat syarikat itu;

(b)

mesyuarat apa-apa kelas anggota syarikat itu;

Syarikat Labuan 191

(c)

mesyuarat pemegang debentur atau apa-apa kelas pemegang debentur syarikat itu;

(d)

mesyuarat pengarah syarikat itu atau apa-apa jawatankuasa pengarah itu;

(e)

mesyuarat pemiutang atau apa-apa kelas pemiutang syarikat itu.

(4)

Mahkamah boleh, sama ada syarikat itu dalam proses digulung atau tidak, melanjutkan atau memendekkan apa-apa masa bagi melakukan apa-apa tindakan atau mengambil apa-apa prosiding yang dibenarkan atau dihadkan oleh Akta ini atau peraturan-peraturan, atas apa-apa terma, jika ada, sebagaimana keadilan dalam kes itu menghendaki, dan apa-apa perlanjutan sedemikian boleh diperintahkan walaupun permohonan bagi perlanjutan itu tidak dibuat sehingga selepas masa yang ada mulanya dibenarkan atau dihadkan.

Terjemahan surat cara