Malaysia legislation

Section 139

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 139

(2)

Jika di bawah Akta ini suatu syarikat Labuan atau syarikat

Labuan asing dikehendaki menyediakan bagi pemeriksaan awam apa-apa surat cara, perakuan, kontrak atau dokumen dan surat cara, perakuan, kontrak atau dokumen itu tidak ditulis dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris, syarikat itu hendaklah menyimpan di pejabat berdaftarnya di Labuan suatu terjemahan diperakui mengenainya sama ada dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris.

192

Undang-Undang Malaysia

(3)

Jika apa-apa akaun, buku minit atau rekod lain suatu syarikat

Labuan atau syarikat Labuan asing yang dikehendaki disimpan oleh

Akta ini, tidak disimpan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa

Inggeris, pengarah syarikat itu hendaklah menyebabkan suatu terjemahan benar dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris akaun, buku minit dan rekod lain itu dibuat dari semasa ke semasa pada lat-lat tempoh yang tidak lebih daripada tujuh hari dan hendaklah menyebabkan terjemahan itu disimpan bersama-sama dengan akaun, buku minit dan rekod lain yang asal selagi akaun, buku minit dan rekod lain yang asal itu dikehendaki disimpan oleh

Akta ini.

Dividen hanya boleh dibayar daripada keuntungan