Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 13

(2)

Mana-mana pegawai, anggota, pemegang debentur, pengarah atau pelikuidasi sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing atau mana-mana orang lain yang mempunyai kebenaran bertulis

36

Undang-Undang Malaysia pegawai, anggota, pemegang debentur, pengarah atau pelikuidasi tersebut atau yang dapat menunjukkan kepada Lembaga bahawa dia mempunyai sebab yang baik untuk berbuat demikian, boleh, tertakluk pada Akta ini dan apabila dibayar fi yang ditetapkan—

(a)

memeriksa apa-apa dokumen yang difailkan dengan atau diserahkan kepada Lembaga berkenaan dengan syarikat itu;

atau

(b)

menghendaki apa-apa perakuan yang akan dikeluarkan di bawah Akta ini atau suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa dokumen berkenaan dengan syarikat itu supaya diberikan atau diberikan dan diperakui oleh Lembaga.

(3)

Suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa dokumen yang difailkan atau diserahkan di pejabat Lembaga, yang diperakui sebagai suatu salinan atau cabutan benar di bawah tandatangan dan meterai

Lembaga, boleh, dalam mana-mana prosiding, diterima sebagai keterangan yang sama sahnya dengan dokumen asal itu.

(4)

Dalam mana-mana prosiding undang-undang—

(a)

suatu perakuan di bawah tandatangan dan meterai Lembaga bahawa, pada tarikh atau semasa tempoh yang dinyatakan dalam perakuan itu, tiada syarikat didaftarkan di bawah

Akta ini dengan suatu nama yang dinyatakan dalam perakuan itu boleh diterima sebagai keterangan prima facie bahawa pada tarikh atau semasa tempoh itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tiada syarikat telah didaftarkan dengan nama itu di bawah Akta ini; dan

(b)

suatu perakuan di bawah tandatangan dan meterai Lembaga bahawa kehendak Akta ini yang dinyatakan dalam perakuan itu—

(i)

telah atau telah tidak dipatuhi pada tarikh atau dalam tempoh yang dinyatakan dalam perakuan itu, atau

(ii)

telah dipatuhi pada tarikh yang dinyatakan dalam perakuan itu tetapi tidak sebelum tarikh itu,

Syarikat Labuan 37

boleh diterima sebagai keterangan prima facie mengenai perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu.

(5)

Jika Lembaga berpendapat bahawa sesuatu dokumen yang dikemukakan untuk diserahkan kepada Lembaga—

(a)

mengandungi perkara yang bertentangan dengan undang-undang;

(b)

mengandungi perkara yang, dalam butir-butir material, adalah palsu atau mengelirukan mengikut bentuk atau konteks yang ia dimasukkan;

(c)

oleh sebab suatu peninggalan atau salah perihalan, telah tidak disempurnakan dengan sewajarnya;

(d)

tidak mematuhi kehendak Akta ini; atau

(e)

mengandungi suatu kesilapan, pengubahan atau pemadaman,

Lembaga boleh enggan mendaftarkan atau menerima dokumen itu dan boleh meminta—

(f)

supaya dokumen itu dipinda atau disempurnakan dengan sesuai dan dikemukakan semula;

(g)

supaya suatu dokumen baharu dikemukakan sebagai gantinya; atau

(h)

jika dokumen itu telah tidak disempurnakan dengan sewajarnya, supaya suatu dokumen tambahan mengikut bentuk yang ditetapkan diserahkan.

(6)

Lembaga boleh menghendaki seseorang yang mengemukakan sesuatu dokumen untuk diserahkan kepada Lembaga supaya mengemukakan kepada Lembaga apa-apa dokumen lain, atau memberi kepada Lembaga apa-apa maklumat, yang difikirkan perlu oleh Lembaga bagi membuat suatu pendapat sama ada Lembaga boleh enggan menerima atau mendaftarkan dokumen itu.

38

Undang-Undang Malaysia

(6A)

Pendaftaran atau penerimaan sesuatu dokumen, atau keengganan untuk mendaftarkan atau menerima sesuatu dokumen, oleh Lembaga tidak—

(a)

menyentuh kesahan dokumen itu; atau

(b)

mewujudkan suatu anggapan tentang ketepatan maklumat yang terkandung dalam dokumen itu.

(6B)

Tertakluk pada subseksyen (6C) dan (7), Lembaga boleh mengeluarkan sesuatu dokumen yang telah diserahkan kepadanya jika

Lembaga mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dokumen itu bertentangan dengan undang-undang atau tidak mematuhi kehendak material Akta ini.

(6C)

Lembaga hendaklah memberi peluang kepada orang yang menyerahkan dokumen yang disebut dalam subseksyen (6B) untuk menunjukkan sebab mengapa dokumen itu tidak patut dikeluarkan.

(7)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keengganan Lembaga untuk mendaftarkan mana-mana syarikat Labuan atau syarikat

Labuan asing atau untuk mendaftarkan atau menerima apa-apa dokumen, atau dengan apa-apa tindakan atau keputusan Lembaga, boleh merayu dalam masa tiga puluh hari dari keputusan Lembaga itu kepada Menteri, yang boleh mengesahkan keengganan, tindakan atau keputusan itu atau memberi apa-apa arahan mengenai perkara itu sebagaimana yang difikirkannya sesuai atau selainnya memutuskan perkara itu tetapi subseksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa tindakan atau keputusan Lembaga—

(a)

yang berkenaan dengannya apa-apa peruntukan yang berupa rayuan atau kajian semula diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini; atau

(b)

yang ditetapkan oleh Akta ini sebagai konklusif atau muktamad atau yang termaktub dalam mana-mana dokumen yang ditetapkan oleh Akta ini sebagai keterangan konklusif bagi apa-apa tindakan, perkara atau benda.

Syarikat Labuan 39

(8)

Jika sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing atau seseorang, setelah melakukan keingkaran pada mematuhi—

(a)

mana-mana peruntukan Akta ini atau peruntukan mana-mana undang-undang yang menghendaki supaya diserahkan kepada atau difailkan dengan Lembaga, mengikut apa-apa cara, apa-apa penyata, akaun atau dokumen lain atau supaya diberikan kepadanya notis mengenai apa-apa perkara; atau

(b)

apa-apa permintaan oleh Lembaga supaya dipinda atau disempurnakan dan dikemukakan semula apa-apa dokumen atau dikemukakan suatu dokumen baharu, tidak membaiki keingkaran itu dalam masa tiga puluh hari selepas disampaikan kepada syarikat atau orang itu suatu notis yang menghendakinya dilakukan,

Lembaga boleh memerintahkan syarikat itu dan mana-mana pegawainya atau orang itu supaya membaiki keingkaran itu dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu.

(9)

Lembaga boleh, jika pada pendapatnya tidak lagi perlu atau dikehendaki untuk menyimpannya, memusnahkan atau memberikan kepada Arkib Negara —

(a)

dalam hal sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing —

(i)

apa-apa penyata mengenai pengumpukan syer bagi wang tunai yang telah diserahkan atau difailkan selama tidak kurang daripada tujuh tahun;

(ii)

apa-apa penyata atau kunci kira-kira tahunan yang telah diserahkan atau difailkan selama tidak kurang daripada tujuh tahun atau apa-apa dokumen yang mewujudkan atau membuktikan sesuatu gadaian atau penyelesaian penuh atau sebahagian sesuatu gadaian jika memorandum penyelesaian gadaian itu telah didaftarkan selama tidak kurang daripada tujuh tahun; atau 40

Undang-Undang Malaysia

(iii)

apa-apa dokumen lain (selain daripada memorandum dan perkara atau apa-apa dokumen lain yang menyentuhnya) yang telah diserahkan, difailkan atau didaftarkan selama tidak kurang daripada tujuh tahun;

(b)

dalam hal sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing yang telah dibubarkan atau tidak lagi didaftarkan selama tidak kurang daripada tujuh tahun dan enam bulan, apa-apa dokumen yang diserahkan, difailkan atau didaftarkan; atau

(c)

apa-apa dokumen yang trasparensinya telah dimasukkan ke dalam daftar yang disimpan oleh Lembaga.