Malaysia legislation

Section 142

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 142

Penalti

(a)

melakukan perkara yang dia ditegah melakukan oleh atau di bawah Akta ini;

(b)

tidak melakukan perkara yang dia dikehendaki atau diarah melakukan oleh atau di bawah Akta ini; atau

(c)

melanggar atau gagal mematuhi apa-apa peruntukan Akta ini, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini apabila disabitkan boleh dikenakan suatu penalti atau hukuman yang disebutkan dengan nyata sebagai penalti atau hukuman bagi kesalahan itu, atau jika penalti atau hukuman tidak disebutkan, boleh dikenakan penalti yang tidak melebihi *lima puluh ribu ringgit.

(3)

Penalti atau hukuman, wang atau selainnya, yang dinyatakan dalam atau di sebelah bawah, mana-mana seksyen atau bahagian sesuatu seksyen Akta ini hendaklah menunjukkan bahawa kesalahan itu boleh dihukum atas sabitan dengan suatu penalti atau hukuman yang tidak melebihi penalti atau hukuman yang dinyatakan itu dan jika penalti atau hukuman itu disebutkan dengan nyata sebagai terpakai bagi suatu bahagian seksyen itu sahaja, ia hendaklah terpakai bagi bahagian itu sahaja.

(4)

Jika dalam, atau di sebelah bawah, mana-mana seksyen atau bahagian sesuatu seksyen dalam Akta ini terdapat ungkapan “Penalti ingkar”, ini menunjukkan bahawa seseorang yang disabitkan atas suatu kesalahan terhadap Akta ini berhubung dengan seksyen atau bahagian itu melakukan suatu kesalahan lanjut di bawah Akta ini jika kesalahan itu berterusan selepas dia disabitkan sedemikian dan boleh dikenakan penalti tambahan bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan sedemikian yang amaunnya tidak melebihi amaun yang dinyatakan dalam seksyen atau bahagian itu sebagai amaun penalti ingkar atau, jika suatu amaun tidak dinyatakan sedemikian, yang amaunnya tidak melebihi satu ribu ringgit.

*CATATAN—Sebelum ini “Sepuluh”—lihat subseksyen 52(a) Akta Syarikat Labuan (Pindaan) 2022

[Akta A1653].

194

Undang-Undang Malaysia

(5)

Jika kesalahan itu dilakukan oleh seseorang disebabkan oleh kegagalannya untuk mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini yang di bawahnya dia dikehendaki atau diarahkan untuk melakukan apa-apa benda dalam suatu tempoh tertentu, kesalahan itu, bagi maksud subseksyen (1), hendaklah disifatkan berterusan selagi benda yang dikehendaki atau diarahkan supaya dilakukan olehnya belum dilakukan, walaupun tempoh untuk melakukannya telah luput.

(6)

Bagi maksud mana-mana peruntukan Akta ini yang memperuntukkan bahawa seseorang pegawai syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau boleh dikenakan penalti atau hukuman, ungkapan “pegawai yang ingkar” atau apa-apa frasa yang serupa ertinya seseorang pegawai syarikat yang dengan disedarinya dan dengan sengaja —

(a)

melakukan kesalahan itu; atau

(b)

memberi kuasa atau membenarkan kesalahan itu dilakukan.

Kuasa untuk mengenakan penalti pentadbiran