Malaysia legislation

Section 142A

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 142A

Syarikat Labuan 193

(2)

Lembaga hendaklah, sebelum membuat keputusan untuk mengenakan penalti pentadbiran ke atas seseorang, menyampaikan notis bertulis kepada orang itu supaya menunjukkan sebab mengapa penalti pentadbiran tidak patut dikenakan ke atasnya.

(3)

Jika suatu penjelasan yang memuaskan tidak diterima dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu, Lembaga boleh mengenakan penalti pentadbiran dalam amaun tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari ketidakpatuhan dan apa-apa amaun tidaklah boleh melebihi jumlah *lima puluh ribu ringgit.

*CATATAN—Sebelum ini “Sepuluh”—lihat seksyen 53 Akta Syarikat Labuan (Pindaan) 2022 [Akta

Syarikat Labuan 195

(4)

Jika seseorang tidak membayar penalti pentadbiran yang dikenakan oleh Lembaga di bawah subseksyen (3), penalti yang dikenakan oleh Lembaga boleh diambil guaman terhadapnya dan didapatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Lembaga.