Malaysia legislation

Section 145

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 145

Sekiranya apa-apa tindakan atau langkah dikehendaki atau dibenarkan dilakukan atau diambil di bawah Akta ini dan tiada borang ditetapkan atau tatacara diaturkan sama ada dalam Akta ini ataupun peraturan-peraturan, permohonan bolehlah dibuat kepada

Lembaga bagi arahan tentang cara bagaimana tindakan atau langkah itu boleh dilakukan atau diambil dan apa-apa tindakan atau langkah yang dilakukan atau diambil mengikut arahannya hendaklah menjadikan pelaksanaan tindakan atau langkah itu sah.