Malaysia legislation

Section 149

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 149

Syarikat Labuan 197

(2)

Semua prosiding, selain prosiding jenayah, yang berhubung dengan sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah dimulakan dalam mana-mana Mahkamah, sama ada di bawah peruntukan Akta ini atau bagi menentukan hak atau obligasi pegawai, anggota atau pemegang debentur.

(3)

Apa-apa prosiding dan apa-apa rayuan daripadanya hendaklah, melainkan jika Mahkamah memerintahkan sebaliknya, didengar secara tertutup dan tiada butir-butir prosiding itu boleh disiarkan oleh mana-mana orang tanpa kebenaran Mahkamah.

(4)

Peruntukan subseksyen (1) tidak terpakai —

(a)

apabila dikehendaki dengan sah untuk membuat pendedahan itu oleh mana-mana Mahkamah atau di bawah

198

Undang-Undang Malaysia peruntukan mana-mana undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Lembaga;

(b)

bagi maksud pelaksanaan fungsi penyeliaan Lembaga sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

(c)

apabila dikehendaki dengan sah menurut seksyen 22

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990; atau

(d)

apabila dibenarkan dengan sewajarnya oleh syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing.

(5)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: Pemenjaraan selama tiga tahun atau satu juta ringgit atau kedua-duanya.

(6)

Tiada apa jua pun dalam seksyen ini boleh menghalang mana-mana Mahkamah daripada menjalankan budi bicaranya untuk menghendaki seseorang supaya mengemukakan apa-apa dokumen atau memberikan apa-apa keterangan dalam apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah yang berkaitan dengan prosiding itu.

Kuasa Menteri untuk memberikan pengecualian

Section 149 — AKTA SYARIKAT LABUAN 1990 | mylaw.my