Malaysia legislation
Section 151A
Seksyen 151A
Sesuatu syarikat Labuan yang diperbadankan di bawah Akta ini hendaklah terus bertanggungan bagi semua fi, fi lesen dan penalti yang kena dibayar di bawah Akta ini, termasuk amaun tambahan yang dinyatakan dalam subseksyen 151 (2), walaupun nama syarikat
Labuan itu telah dipotong dari daftar; dan fi, fi lesen dan penalti itu hendaklah diberi keutamaan daripada semua tuntutan lain terhadap aset syarikat Labuan itu.