Malaysia legislation

Section 151B

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 151B

Fi kena dibayar kepada Pendaftar

Lembaga boleh enggan mengambil apa-apa tindakan yang dikehendaki diambil olehnya di bawah Akta ini yang baginya suatu fi ditetapkan sehingga semua fi sudah dibayar.

Kuasa Lembaga untuk memotong syarikat Labuan

151BA. Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Akta ini,

(a)

gagal membayar fi tahunannya atau apa-apa amaun tambahan sebagai tambahan kepada fi tahunan dalam masa yang ditetapkan menurut seksyen 151;

(b)

gagal melantik setiausaha pemastautin gantian selepas peletakan jawatan bekas setiausaha pemastautin menurut subseksyen 93(2C);

(c)

melanggar apa-apa peruntukan Akta ini dan mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan Labuan;

(d)

menjadi suatu entiti berlesen di bawah Akta Perkhidmatan dan

Sekuriti

Kewangan

Labuan 2010

atau

Akta

Perkhidmatan dan Sekuriti Kewangan Islam Labuan 2010,

Syarikat Labuan 201

yang lesen, kelulusan atau pendaftarannya diserah semula atau dibatalkan oleh Lembaga; atau

(e)

tidak menjalankan apa-apa perniagaan atau tidak beroperasi.

Notis niat untuk memotong syarikat Labuan

151BB. (1) Sebelum nama suatu syarikat Labuan boleh dipotong daripada daftar di bawah seksyen 151BA, Lembaga hendaklah menghantar suatu notis kepada syarikat Labuan menyatakan bahawa jika jawapan yang menunjukkan sebab sebaliknya tidak diterima nama syarikat Labuan itu hendaklah dipotong daripada daftar dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga.

(2)

Selepas tamat tempoh yang ditetapkan dalam notis di bawah subseksyen (1) atau apa-apa tempoh lanjutan, melainkan syarikat

Labuan itu memberikan sebab sehingga Lembaga berpuas hati,

Lembaga boleh memotong nama syarikat Labuan itu daripada daftar.

(3)

Notis di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada syarikat Labuan jika notis itu—

(a)

ditinggalkan, atau dihantar melalui pos biasa atau pos berdaftar ke alamat terakhir pejabat berdaftar atau tempat perniagaan utama berdaftar syarikat itu yang diketahui; atau

(b)

disampaikan secara elektronik ke alamat atau nombor yang diberikan oleh syarikat Labuan itu.

(4)

Lembaga boleh menyiarkan dalam apa-apa bentuk dan cara suatu notis pemotongan syarikat Labuan daripada daftar.

(5)

Bagi maksud perenggan 151BA(d), jika selepas suatu lesen, kelulusan atau pendaftaran syarikat Labuan itu diserah balik atau dibatalkan oleh Lembaga, jika syarikat itu berhasrat untuk terus menjadi sebagai suatu syarikat Labuan, syarikat Labuan itu hendaklah menukar nama dan memorandumnya dalam masa tiga puluh hari selepas penyerahan balik atau pembatalan lesen, kelulusan

202

Undang-Undang Malaysia atau pendaftaran, atau sekiranya syarikat Labuan itu berniat untuk terus menggunakan nama dan memorandumnya, syarikat Labuan itu boleh memohon kepada Lembaga untuk kelulusan.

(6)

Seksyen ini tidak terpakai bagi pemotongan di bawah subseksyen 93(2C).

Kesan pemotongan