Malaysia legislation
Section 151C
Seksyen 151C
Lembaga boleh memotong suatu syarikat Labuan daripada daftar, jika syarikat Labuan itu—
(a)
memulakan apa-apa prosiding undang-undang, menjalankan apa-apa perniagaan atau dengan apa-apa jua cara membuat urusan mengenai aset syarikat Labuan itu;
(b)
membela apa-apa prosiding undang-undang, membuat apa-apa tuntutan atau menuntut apa-apa hak untuk, atau atas nama, syarikat Labuan itu;
(c)
bertindak dengan apa-apa cara jua berkenaan dengan hal-ehwal syarikat Labuan itu; atau
(d)
menanggung apa-apa liabiliti baharu.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), jika nama syarikat Labuan itu telah dipotong dari daftar, syarikat Labuan, atau seseorang pengarah, anggota, pelikuidasi yang diluluskan atau penerimanya, boleh —
(a)
memohon kepada Lembaga supaya syarikat Labuan itu didaftarkan semula;
(b)
terus membela prosiding yang dimulakan terhadap syarikat
Labuan itu sebelum tarikh pemotongan itu; dan
(c)
terus menjalankan prosiding undang-undang yang dimulakan bagi pihak syarikat Labuan itu sebelum tarikh pemotongan itu.
Syarikat Labuan 203
(3)
Hakikat bahawa nama sesuatu syarikat Labuan telah dipotong dari daftar tidak menghalang —
(a)
(Dipotong oleh Akta A1653).
(b)
mana-mana pemiutang membuat tuntutan terhadap syarikat
Labuan itu dan meneruskan tuntutan sehingga penghakiman atau pelaksanaan; atau
(c)
pelantikan seorang pelikuidasi yang diluluskan oleh
Mahkamah untuk syarikat Labuan itu di bawah Subpenggal 3 Penggal 7 Bahagian III dan Penggal 1 dan Penggal 2