Malaysia legislation
Section 151E
Seksyen 151E
(a)
nama syarikat Labuan itu berada dalam daftar;
(b)
syarikat Labuan itu telah membayar semua fi dan penalti yang genap masa dan kena dibayar; dan
(c)
fi yang ditetapkan telah dibayar.
(2)
Suatu surat pengesahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah menyatakan yang berikut:
(a)
nama syarikat Labuan itu, tarikh pemerbadanannya dan nombor syarikat;
(b)
alamat berdaftar syarikat Labuan itu;
(c)
pengarah dan setiausaha syarikat Labuan itu;
(d)
pernyataan untuk menunjukkan sama ada syarikat Labuan itu itu dalam proses penggulungan dan pembatalan atau dipotong daripada daftar; atau
(e)
apa-apa maklumat lain yang diminta oleh syarikat amanah
Labuan atau juruaudit yang diluluskan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(3)
Jika apa-apa maklumat diserahkan oleh syarikat amanah
Labuan kepada Lembaga di bawah Akta ini, Lembaga atau mana-mana pegawai atau pekerjanya yang terlibat dalam pengeluaran surat pengesahan menurut subseksyen (1) tidak boleh didapati bersalah
Syarikat Labuan 205
kerana apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana orang oleh sebab apa-apa keingkaran, kesilapan atau peninggalan jika dibuat secara suci hati dan dalam penjalanan biasa penunaian kewajipannya.
Ketidakpakaian undang-undang bertulis yang tertentu