Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(2)
Lembaga boleh menghendaki suatu akuan berkanun yang dibuat oleh seseorang pegawai supaya diserahkan dengan menyatakan bahawa kesemua atau mana-mana kehendak Akta ini telah dipatuhi, dan Lembaga boleh menerima akuan sedemikian sebagai keterangan yang mencukupi bagi pematuhan.
(3)
Apabila memorandum didaftarkan, Lembaga hendaklah memperakui di bawah meterainya bahawa syarikat itu, pada dan dari tarikh yang dinyatakan dalam perakuan itu, diperbadankan sebagai suatu syarikat Labuan berhad dengan syer atau jaminan atau ialah suatu syarikat tidak berhad.
(4)
Pada dan mulai dari tarikh pemerbadanan yang dinyatakan dalam perakuan pemerbadanan itu, tetapi tertakluk pada Akta ini, penandatangan memorandum bersama-sama dengan mana-mana orang lain yang akan, dari semasa ke semasa, menjadi anggota syarikat itu hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama yang terkandung dalam memorandum itu, yang boleh dengan serta-merta menjalankan segala fungsi sesuatu syarikat yang diperbadankan, dan yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman, dan yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai biasa, dengan kuasa untuk memegang milik tanah tetapi dengan apa-apa liabiliti di pihak anggota itu untuk menyumbang kepada aset
42
Undang-Undang Malaysia syarikat sekiranya ia digulung sebagaimana yang diperuntukkan oleh
Akta ini.
(5)
Suatu perakuan pemerbadanan sesuatu syarikat yang dikeluarkan oleh Lembaga hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pematuhan kesemua kehendak Akta ini berkenaan dengan pemerbadanan.
(6)
(Dipotong oleh Akta A1367).
(7)
Tiap-tiap penandatangan memorandum hendaklah disifatkan telah bersetuju menjadi anggota sesuatu syarikat Labuan dan, apabila syarikat itu diperbadankan, hendaklah dicatatkan sebagai seorang anggota di dalam daftar anggotanya berkenaan dengan syer yang dipohon beli untuk atau olehnya dalam memorandum itu atau sumbangannya kepada modal syarikat itu, dan semua orang lain yang bersetuju menjadi anggota sesuatu syarikat dan yang namanya dicatatkan di dalam daftar anggota hendaklah menjadi anggota syarikat itu.
(8)
Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan arahan, garis panduan atau permintaan yang didapatinya perlu berkenaan dengan pendaftaran dan pemerbadanan sesuatu syarikat Labuan, termasuk —
(a)
bentuk notis yang dikehendaki diberikan kepada Lembaga di bawah Akta ini; dan
(b)
tatacara yang kena diikuti apabila mendaftarkan dokumen di bawah Akta ini.
Permohonan bagi pendaftaran syarikat asing sebagai terus wujud di Labuan