Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(2)
Apabila permohonan dibuat di bawah subseksyen (1), disokong oleh apa-apa material yang didapatinya cukup dan memuaskan, Lembaga boleh, jika dia berpuas hati bahawa persetujuan apa-apa bilangan atau perkadaran pemegang syer, pemegang debentur dan pemiutang syarikat asing itu sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang negara atau bidang kuasa itu, dan persetujuan pegawai yang hak bagi negara atau bidang kuasa itu, terhadap pendaftaran demikian telah didapatkan oleh syarikat itu, mendaftarkan syarikat itu sebagai terus wujud sedemikian dan, jika didaftarkan demikian, syarikat itu hendaklah selepas itu disifatkan sebagai suatu syarikat Labuan yang diperbadankan di bawah Akta ini dan berdomisil di Labuan:
Dengan syarat bahawa tiada syarikat asing boleh didaftarkan di bawah seksyen ini jika—
(a)
ia dalam proses penggulungan atau likuidasi;
(b)
penerima bagi hartanya telah dilantik; atau
(c)
terdapat apa-apa skim atau perintah yang berkuat kuasa berhubung dengan syarikat itu yang menurutnya hak pemiutang digantung atau dihadkan.
(3)
Pendaftaran sesuatu syarikat asing di bawah seksyen ini tidaklah boleh berkuat kuasa—
(a)
mewujudkan sesuatu entiti undang-undang yang baharu;
(b)
menjejaskan atau menyentuh keberterusan syarikat itu;
(c)
menyentuh harta syarikat itu;
(d)
mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang atau lain-lain prosiding yang dimulakan, atau akan dimulakan, oleh atau terhadap syarikat itu atau mana-mana orang lain; atau 44
Undang-Undang Malaysia
(e)
menyentuh apa-apa hak, kuasa, autoriti, kewajipan, fungsi, liabiliti atau obligasi syarikat itu atau mana-mana orang lain.
(4)
Apabila sesuatu syarikat asing didaftarkan di bawah seksyen ini—
(a)
sekian banyak daripada perlembagaannya yang, jika ia telah diperbadankan di bawah Akta ini, dikehendaki oleh Akta ini supaya dimasukkan ke dalam memorandum persatuannya, hendaklah disifatkan sebagai memorandum persatuan syarikat itu; dan
(b)
sekian banyak daripada perlembagaannya yang tidak, mengikut perenggan
(a)
, menjadi memorandum persatuannya, hendaklah disifatkan sebagai perkara persatuan syarikat itu, dan memorandum dan perkara yang disifatkan itu hendaklah mengikat syarikat itu dan anggotanya dengan sewajarnya.
Kelulusan terdahulu pada prinsipnya