Malaysia legislation

Section 18

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 18

(a)

nama syarikat itu;

(b)

tujuan syarikat itu;

(c)

amaun dan jenis mata wang modal syer yang dengannya syarikat itu dicadang hendak didaftarkan;

(d)

nama penuh dan alamat tiap-tiap penandatangannya;

(e)

bahawa penandatangan atau penandatangan-penandatangan memorandum itu berhasrat supaya dibentuk menjadi suatu syarikat Labuan menurut memorandum dan masing-masing bersetuju mengambil bilangan syer dalam modal syarikat itu yang dinyatakan bersetentangan dengan nama mereka masing-masing; dan

(f)

jika syarikat Labuan itu ialah suatu syarikat berhad dengan jaminan —

(i)

bahawa liabiliti anggotanya adalah terhad;

(ii)

bahawa setiap anggotanya mengaku janji untuk menyumbang kepada aset syarikat Labuan itu; dan

(iii)

bahawa setiap anggota mengaku janji untuk menyumbang kepada aset syarikat Labuan itu, mengikut apa-apa amaun yang dikehendaki tetapi tidak melebihi amaun yang dinyatakan dalam jaminan itu, sekiranya syarikat itu digulungkan semasa dia menjadi anggota atau dalam tempoh satu tahun selepas dia berhenti menjadi anggota bagi pembayaran hutang dan liabiliti syarikat Labuan itu yang dibuat sebelum dia berhenti menjadi anggota dan bagi pembayaran

46

Undang-Undang Malaysia kos, caj dan perbelanjaan penggulungan dan bagi pelarasan hak pencarum sesama mereka sendiri.

(2)

Anggota syarikat Labuan hendaklah bertanggungan kepada syarikat itu bagi amaun yang belum dibayar bagi syer atau jaminan mereka tetapi liabiliti mereka sebagai anggota adalah, tertakluk pada

Akta ini, terhad kepada amaun, jika ada, yang masih belum dibayar bagi syer atau jaminan yang dipegang oleh mereka.

(3)

Mana-mana peruntukan atau bahagiannya yang pada masa itu telah ada dalam memorandum mana-mana syarikat yang menyatakan—

(a)

amaun modal syer yang dengannya syarikat itu bercadang untuk didaftarkan atau telah didaftarkan; atau

(b)

pembahagian modal syer syarikat itu kepada syer mengikut amaun yang telah ditentukan, hendaklah, setakat yang peruntukan itu berhubung dengan perkara yang disebut dalam salah satu atau kedua-dua perenggan (a) dan (b), disifatkan telah dipotong.

(4)

Memorandum sesuatu syarikat Labuan boleh didaftarkan dalam apa-apa huruf, abjad atau bahasa, dengan syarat bahawa memorandum itu disertakan dengan terjemahannya dalam bahasa

Inggeris yang tepat dan terperaku.