Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(2)
Apa-apa ketiadaan keupayaan atau kuasa boleh ditegaskan atau disandarkan hanya dalam—
(a)
prosiding terhadap syarikat Labuan itu oleh mana-mana anggota syarikat itu atau, jika syarikat itu telah menerbitkan debentur bercagarkan gadaian terapung atas kesemua atau mana-mana harta syarikat itu, oleh pemegang mana-mana debentur itu, atau oleh suatu syarikat amanah Labuan yang bertindak sebagai pemegang amanah bagi pemegang debentur itu, untuk menahan perlakuan apa-apa perbuatan atau pemindahhakan atau pemindahmilikan apa-apa harta kepada atau oleh syarikat itu;
(b)
apa-apa prosiding oleh syarikat itu atau oleh mana-mana anggota syarikat itu terhadap pegawai sekarang atau dahulu syarikat itu, atau
48
Undang-Undang Malaysia
(c)
apa-apa petisyen oleh Menteri untuk menggulung syarikat itu.
(3)
Jika perbuatan, pemindahhakan atau pemindahmilikan tidak dibenarkan yang hendak ditahan dalam mana-mana prosiding di bawah perenggan (2)(a) sedang dilaksanakan atau dibuat atau hendak dilaksanakan atau dibuat menurut apa-apa kontrak yang syarikat
Labuan itu menjadi pihak, Mahkamah boleh, jika kesemua pihak dalam kontrak itu adalah pihak dalam prosiding itu dan jika disifatkan adil dan saksama oleh Mahkamah, mengetepikan dan menahan pelaksanaan kontrak itu dan boleh memberikan kepada syarikat itu atau kepada pihak lain dalam kontrak itu, mengikut kehendak keadaan, pampasan bagi kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh mana-mana daripada mereka yang berbangkit daripada pengetepian dan penahanan pelaksanaan kontrak itu, tetapi keuntungan dijangkakan yang akan terbit daripada pelaksanaan kontrak itu tidak boleh diawardkan oleh Mahkamah sebagai suatu kerugian atau kerosakan yang ditanggung.
Nama syarikat Labuan