Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 21

(2)

Sesuatu syarikat Labuan hendaklah menggunakan —

(a)

perkataan “Corporation” atau perkataan “Incorporated” atau singkatan “Corp.” atau “Inc.”;

(b)

perkataan “Limited” atau singkatan “Ltd.”;

(c)

perkataan “Public Limited Company” atau singkatan

“P.L.C.”;

(d)

perkataan “Societe Anonyme” atau “Sociedad Anonima”

atau singkatan “S.A.”;

Syarikat Labuan 49

(e)

perkataan “Aktiengesellschaft” atau singkatan “A.G.”;

(f)

perkataan “Naamloze Vennootschap”

atau singkatan

“N.V.”;

(g)

perkataan “Perseroan Terbatas” atau singkatan “P.T.”; atau

(h)

dalam huruf rumi, apa-apa perkataan dalam bahasa kebangsaan mana-mana negara yang bermaksud syarikat saham bersama yang terhad mengikut syer, atau apa-apa singkatannya, sebagai sebahagian daripada namanya.

(2A)

Sesuatu syarikat Labuan boleh menggunakan perkataan “(L)”

sebagai sebahagian daripada namanya.

(2B)

Walau apa pun subseksyen (2), sesuatu syarikat Labuan boleh menggunakan perkataan “Berhad” atau singkatan “Bhd.” tetapi jika perkataan “Berhad” atau singkatan “Bhd.” digunakan sebagai sebahagian daripada nama syarikat Labuan itu, syarikat Labuan itu hendaklah sebagai tambahan menggunakan perkataan “(L)” sebagai sebahagian daripada namanya.

(2C)

Subseksyen (2) tidak terpakai bagi sesuatu syarikat Labuan yang diperbadankan bagi maksud yang tidak membawa keuntungan termasuk maksud sosial, khairat atau pendidikan.

(2D)

Jika sesuatu syarikat Labuan mempunyai huruf atau abjad yang bukan dalam huruf rumi sebagai sebahagian daripada namanya, suatu terjemahan yang tepat dan terperaku bagi nama itu dalam bahasa

Inggeris hendaklah digunakan dan disebut dengan jelas dalam —

(a)

tiap-tiap komunikasi bertulis yang dihantar oleh, atau bagi pihak, syarikat itu; dan

(b)

tiap-tiap dokumen yang dikeluarkan atau ditandatangani oleh, atau bagi pihak, syarikat itu yang membuktikan atau mewujudkan suatu obligasi undang-undang syarikat itu.

50

Undang-Undang Malaysia

(3)

Tiada perihalan mengenai sesuatu syarikat Labuan boleh disifatkan tidak mencukupi atau tidak betul oleh sebab penggunaan suatu singkatan sebagai ganti apa-apa perkataan yang tersebut dalam subseksyen (2).

(4)

Seseorang boleh menyerahkan kepada Lembaga suatu permohonan mengikut bentuk yang ditetapkan bagi perizaban suatu nama yang dinyatakan dalam permohonan sebagai—

(a)

nama suatu syarikat Labuan yang dicadangkan; atau

(b)

nama yang kepadanya suatu syarikat Labuan bercadang hendak menukarkan namanya.

(5)

Jika Lembaga berpendapat bahawa permohonan itu dibuat secara bona fide dan berpuas hati bahawa nama yang dicadangkan itu adalah suatu nama yang dengannya syarikat Labuan yang dicadangkan itu atau syarikat Labuan itu boleh didaftarkan tanpa melanggar subseksyen (1), Lembaga hendaklah merizabkan nama yang dicadangkan itu selama tempoh tiga bulan mulai dari tarikh permohonan itu diserahkan.

(6)

Semasa tempoh yang suatu nama dirizabkan, tiada seorang pun

(selain daripada syarikat Labuan atau syarikat Labuan yang dicadangkan yang berkenaan dengannya nama itu dirizabkan) boleh didaftarkan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain, sama ada pada asalnya atau atas pertukaran nama, dengan nama yang dirizabkan itu atau dengan apa-apa nama lain yang pada pendapat

Lembaga adalah begitu hampir menyerupai nama yang dirizabkan itu hingga mungkin menimbulkan kekeliruan dengan nama itu.

(7)

Perizaban sesuatu nama di bawah seksyen ini berkenaan dengan suatu syarikat Labuan yang dicadangkan atau syarikat Labuan tidaklah dengan sendirinya memberikan kepada syarikat yang dicadangkan atau syarikat itu hak untuk didaftarkan dengan nama itu, sama ada pada asalnya atau atas pertukaran nama.

Syarikat Labuan 51

Pertukaran nama