Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 22

(2)

Jika Lembaga meluluskan nama yang syarikat itu telah membuat ketetapan sebagai patut menjadi nama baharunya, Lembaga hendaklah, apabila dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu perakuan pemerbadanan syarikat itu di bawah nama baharunya dan apabila dikeluarkan perakuan pemerbadanan itu, pertukaran nama itu hendaklah berkuat kuasa.

(3)

Jika nama sesuatu syarikat Labuan (sama ada dengan tidak sengaja atau selainnya dan sama ada pada asalnya atau melalui pertukaran nama) suatu nama yang dengannya syarikat itu tidak boleh didaftarkan tanpa melanggar subseksyen 21(1), syarikat itu boleh, melalui ketetapan khas, menukar namanya kepada suatu nama yang dengannya syarikat itu boleh didaftarkan tanpa melanggar subseksyen itu dan, jika diarahkan demikian oleh Lembaga, hendaklah menukarkannya dalam masa enam minggu selepas tarikh arahan itu atau dalam tempoh yang lebih lama yang dibenarkan oleh Lembaga, melainkan jika Menteri, melalui notis bertulis, mengungkaikan arahan itu, dan jika syarikat itu tidak mematuhi arahan itu ia melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: *Lima puluh ribu ringgit.

(4)

Suatu pertukaran nama menurut Akta ini tidaklah menyentuh identiti syarikat Labuan itu atau apa-apa hak atau obligasi syarikat itu atau mencacatkan apa-apa prosiding oleh atau terhadap syarikat itu;

dan apa-apa prosiding undang-undang yang mungkin telah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadapnya melalui nama dahulunya bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadapnya dengan nama baharunya.

*CATATAN—Sebelum ini “Sepuluh”—lihat seksyen 11 Akta Syarikat Labuan (Pindaan) 2022 [Akta

52

Undang-Undang Malaysia

Perkara persatuan