Malaysia legislation

Section 25

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 25

(2)

Jika suatu perubahan dibuat dalam memorandum atau perkara sesuatu syarikat Labuan, suatu salinan memorandum atau perkara itu tidaklah boleh dikeluarkan oleh syarikat itu selepas tarikh perubahan melainkan jika —

(a)

salinan itu mengikut perubahan itu; atau

(b)

suatu salinan bercetak ketetapan yang membuat perubahan itu dilampirkan kepada salinan memorandum atau perkara dan fasal atau perkara tertentu yang tersentuh ditunjukkan dengan dakwat.

(3)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat

Labuan itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: Sepuluh ribu ringgit *dan penalti ingkar sebanyak lima ratus ringgit.

Transaksi dan penubuhan cawangan