Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
(a)
suatu kontrak yang, jika dibuat di antara orang persendirian, dikehendaki oleh undang-undang dibuat secara bertulis di bawah meterai, boleh dibuat bagi pihak syarikat itu secara bertulis di bawah meterai biasa syarikat itu;
*CATATAN—Sebelum ini “Sepuluh ribu ringgit” sahaja—lihat seksyen 12 Akta Syarikat Labuan
(Pindaan) 2022 [Akta A1653].
54
Undang-Undang Malaysia
(b)
suatu kontrak yang, jika dibuat di antara orang persendirian, dikehendaki oleh undang-undang dibuat secara bertulis dengan ditandatangani oleh pihak yang dipertanggungkan dengannya, boleh dibuat bagi pihak syarikat itu secara bertulis dan ditandatangani oleh mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya yang nyata atau tersirat; atau
(c)
suatu kontrak yang, jika dibuat di antara orang persendirian, adalah sah di sisi undang-undang walaupun dibuat secara lisan sahaja, dan tidak diubah ke dalam bentuk tulisan, boleh dibuat secara lisan bagi pihak syarikat itu oleh mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya, yang nyata atau tersirat, dan apa-apa kontrak yang dibuat sedemikian hendaklah berkesan di sisi undang-undang dan hendaklah mengikat syarikat itu dan penggantinya dan semua pihak lain kepadanya dan bolehlah diubah atau dilaksanakan mengikut cara yang ia dibenarkan dibuat.
(2)
Sesuatu dokumen atau prosiding yang menghendaki pengesahan oleh sesuatu syarikat Labuan bolehlah ditandatangani oleh seorang pegawai berkuasa syarikat itu dan tidak perlu dibuat di bawah meterai biasanya.
(3)
Sesuatu syarikat Labuan boleh, secara bertulis di bawah meterai biasanya, memberi kuasa kepada mana-mana orang, sama ada secara am atau berkenaan dengan apa-apa perkara tertentu sebagai ejennya atau wakilnya, bagi menyempurnakan surat ikatan bagi pihaknya, dan surat ikatan yang ditandatangani oleh ejen atau wakil itu bagi syarikat itu di bawah meterainya atau di bawah meterai yang sesuai bagi syarikat itu, hendaklah mengikat syarikat itu; dan semua orang yang berurusan dengan suci hati hendaklah berhak menganggap penyempurnaan surat ikatan itu mengikut aturan dan sempurna, dan bertindak sewajarnya.
(4)
Sesuatu syarikat Labuan boleh, jika dibenarkan oleh perkaranya, menubuhkan cawangan atau pejabat di mana-mana bahagian dunia, tetapi ia tidak boleh menubuhkan cawangan atau pejabat di mana-mana bahagian Malaysia di luar Labuan kecuali sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga.
Syarikat Labuan 55
(4A)
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat
Labuan atau tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Penalti: Satu ratus ribu ringgit.
(5)
Sesuatu syarikat Labuan dan mana-mana cawangannya boleh mempunyai untuk kegunaan di mana-mana tempat di luar Labuan suatu meterai biasa pendua yang hendaklah menjadi suatu faksimile meterai biasa syarikat itu dengan menambah pada mukanya nama cawangan itu; meterai itu hendaklah dikenali sebagai meterai cawangan.
(6)
Jika sesuatu syarikat Labuan telah menubuhkan suatu cawangan ia boleh, dalam surat cara yang menubuhkan cawangan itu atau dalam suatu surat cara yang kemudiannya yang ditandatangani atau dimeteraikan oleh setiausaha pemastautin atau di bawah meterainya sendiri, melantik seorang atau lebih untuk menjadi pengarah cawangan dan untuk menubuhkan suatu lembaga tempatan dan membuat peruntukan bagi suatu meterai cawangan dan bagi penjagaannya dan menetapkan orang yang boleh mengecapkan meterai itu; dan tertakluk pada apa-apa arahan atau sekatan yang dikenakan dari semasa ke semasa oleh pengarah syarikat itu, sesuatu cawangan hendaklah mempunyai kuasa untuk mengikat syarikat itu dan mengeluarkan syer atau debentur syarikat itu.
(7)
Sesuatu cawangan boleh mengadakan transaksi mengikut cara yang sama sebagaimana syarikat Labuan boleh mengadakan transaksi.
(8)
Surat cara yang dibuat atau disahkan di bawah atau dengan menggunakan mana-mana meterai cawangan sesuatu syarikat Labuan hendaklah sama berkesannya seolah-olah meterai biasa syarikat itu telah dicapkan padanya; dan tarikh bila dan tempat di mana meterai cawangan itu dicapkan pada mana-mana surat cara hendaklah ditunjukkan pada surat cara itu.
56
Undang-Undang Malaysia
Larangan terhadap penjalanan perniagaan apabila syarikat
Labuan tiada anggota