Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
(a)
surat cara yang mengesahkan atau mewujudkan keterhutangan bagi, atau bagi wang yang dipinjam untuk membayar balasan yang kena dibayar di bawah, suatu kontrak bagi penjualan atau pembekalan barang, harta atau perkhidmatan atau apa-apa kontrak untuk sewaan dalam perjalanan biasa perniagaan;
(b)
cek, draf bank atau apa-apa bil pertukaran atau surat kredit yang lain;
(c)
nota bank, jaminan atau polisi insurans;
(d)
penyata, buku bank atau dokumen lain yang menunjukkan apa-apa baki dalam akaun semasa, deposit atau simpanan;
(e)
perjanjian bagi pinjaman jika pemberi pinjam dan peminjam ialah penandatangan kepada perjanjian itu dan jika pemberian pinjaman wang itu adalah dalam perjalanan biasa perniagaan pemberi pinjam itu, dan apa-apa nota janji hutang yang dikeluarkan di bawah terma perjanjian itu; atau
(f)
surat cara atau produk atau kelas surat cara atau produk yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Lembaga, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
“dicetak” termasuklah ditaip atau dilitu atau dikeluarkan semula dengan apa-apa cara yang berbentuk mekanik;
“diperakui” ertinya diperakui mengikut cara yang ditetapkan sebagai suatu dokumen tertentu atau sebagai suatu salinan benarnya;
“diserahkan” ertinya diserahkan mengikut Akta ini;
Syarikat Labuan 17
“ditetapkan”, jika tiada cara disebut, ertinya ditetapkan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, dan kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk membuat peruntukan yang berlainan dalam perintah itu bagi orang yang berlainan atau golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan;
“dokumen” termasuklah saman, perintah dan proses undang-undang lain, serta notis dan daftar;
“gadaian” termasuklah suatu gadai janji dan apa-apa perjanjian bagi memberi atau menyempurnakan suatu gadaian atau gadai-janji sama ada atas tuntutan atau selainnya;
“juruaudit yang diluluskan” ertinya seseorang yang diluluskan di bawah subseksyen 10(1);
“kesalahan serius yang melibatkan fraud atau kecurangan” ertinya suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama suatu tempoh yang tidak kurang daripada dua tahun atau, jika terdapat kerugian nilai aset yang diperoleh atau yang mungkin diperoleh yang dialami oleh syarikat, anggota atau pemegang debentur daripada pelakuan kesalahan itu, kerugian itu melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit;
“Labuan” ertinya Wilayah Persekutuan Labuan;
“Lembaga” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Labuan 1996 [Akta 545];
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seseorang hakim
Mahkamah Tinggi;
“mahkamah” ertinya mahkamah yang berbidang kuasa berwibawa;
“memorandum”, berhubung dengan sesuatu syarikat Labuan, ertinya memorandum persatuan syarikat itu yang sedang berkuat kuasa; dan, berhubung dengan sesuatu syarikat Labuan asing, ertinya piagam, statut, memorandum persatuan atau surat cara yang menjadi atau menentukan perlembagaan syarikat itu;
18
Undang-Undang Malaysia
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“menyatakan”, jika tiada cara disebut, ertinya dinyatakan dari semasa ke semasa secara bertulis, dan kuasa untuk menyatakan termasuklah kuasa untuk menyatakan berlainan bagi orang yang berlainan atau golongan, kategori dan perihalan orang yang berlainan;
“orang” termasuklah suatu perbadanan, perkongsian, suatu kumpulan orang dan suatu perbadanan tunggal;
“pakar” termasuklah jurutera, penilai, akauntan, peguam cara, juruaudit dan mana-mana orang lain yang profesion atau reputasinya memberi autoriti kepada sesuatu pernyataan yang dibuat olehnya;
“pegawai”, berhubung dengan sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing, termasuklah —
(a)
mana-mana pengarah, setiausaha atau pekerja syarikat itu;
(b)
mana-mana penerima dan pengurus mana-mana bahagian pengusahaan syarikat itu yang dilantik di bawah suatu kuasa yang terkandung dalam mana-mana surat cara; dan
(c)
mana-mana pelikuidasi syarikat itu yang dilantik dalam suatu penggulungan sukarela;
tetapi tidak termasuk —
(d)
mana-mana penerima yang juga bukannya seorang pengurus;
(e)
mana-mana penerima dan pengurus yang dilantik oleh
Mahkamah; atau
(f)
mana-mana pelikuidasi yang dilantik oleh Mahkamah atau oleh pemiutang;
“pegawai diberi kuasa” ertinya pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh Lembaga;
Syarikat Labuan 19
“pelikuidasi yang diluluskan” ertinya seseorang yang diluluskan di bawah subeksyen 12;
“pemastautin” ertinya —
(a)
berhubung dengan orang sebenar, seseorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; atau
(b)
berhubung dengan mana-mana orang lain, seseorang yang telah menubuhkan suatu tempat perniagaan, dan beroperasi, di Malaysia, dan termasuklah seseorang yang diisytiharkan sebagai pemastautin menurut perenggan 214(6)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
[Akta 758] dan perenggan 225(6)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759];
“pencarum”, berhubung dengan sesuatu syarikat Labuan, ertinya seseorang yang bertanggungan mencarum kepada aset syarikat sekiranya ia digulungkan, dan termasuklah pemegang syer berbayar penuh dalam syarikat itu dan, sebelum penentuan muktamad orang yang menjadi pencarum, termasuklah mana-mana orang yang dikatakan sebagai seorang pencarum;
“pengarah” ertinya mana-mana orang, tidak kira dengan apa jua namanya disebut, yang memegang jawatan pengarah sesuatu syarikat
Labuan atau syarikat Labuan asing, dan termasuklah seseorang yang mengikut arahan atau petunjuknya pengarah syarikat itu lazimnya bertindak dan seorang pengarah gilir atau ganti;
“penyata tahunan” ertinya penyata yang dikehendaki supaya dibuat oleh sesuatu syarikat Labuan di bawah seksyen 109 dan termasuklah apa-apa dokumen yang disertakan dengan penyata itu;
“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan di bawah Akta ini;
“perbadanan” ertinya sesuatu pertubuhan perbadanan yang dibentuk, diperbadankan atau yang ada di dalam Malaysia atau di luar
20
Undang-Undang Malaysia
Malaysia dan termasuklah sesuatu syarikat Labuan asing tetapi tidak termasuk —
(a)
perbadanan seorang;
(b)
kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagai kesatuan sekerja; atau
(c)
pertubuhan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan koperasi;
“perisytiharan kesolvenan” ertinya suatu perisytiharan kesolvenan oleh pengarah-pengarah syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing, sebagaimana dan apabila dikehendaki oleh peruntukan Akta ini, dan yang disifatkan sebagai suatu akuan berkanun mengikut pengertian dan kuat kuasa di bawah *Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 60] dan
Kanun Keseksaan [Akta 574];
“pos”
termasuklah komunikasi melalui mel, kurier, tambangmuatan, teleks atau faksimile;
“ringgit” ertinya ringgit dalam mata wang Malaysia;
“syarikat amanah Labuan” ertinya sesuatu perbadanan yang didaftarkan sebagai suatu syarikat amanah Labuan di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704];
“syarikat asing” ertinya —
(a)
sesuatu syarikat, perbadanan, pertubuhan, persatuan atau badan lain yang diperbadankan di luar Malaysia; atau
(b)
sesuatu pertubuhan, persatuan atau badan lain yang tidak diperbadankan yang di bawah undang-undang tempat asalnya boleh membawa guaman atau dibawa guaman, atau memegang harta atas nama setiausaha atau pegawai lain pertubuhan, persatuan atau badan itu yang dilantik dengan
*CATATAN—Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 60] telah digantikan oleh Akta Akuan Berkanun 1960
[Akta 783] yang mula berkuat kuasa pada 17 November 2016.
Syarikat Labuan 21
sempurnanya bagi maksud itu, dan yang tidak mempunyai ibu pejabat atau tempat utama perniagaannya di Malaysia;
“syarikat berhad dengan jaminan” ertinya sesuatu syarikat yang dibentuk atas prinsip liabiliti anggotanya dihadkan oleh memorandumnya kepada apa-apa amaun yang anggota itu masing-masing boleh mengaku janji untuk menyumbang kepada aset syarikat itu sekiranya syarikat itu digulungkan;
“syarikat berhad dengan syer” ertinya sesuatu syarikat yang dibentuk atas prinsip liabiliti anggotanya dihadkan oleh memorandumnya kepada amaun, jika ada, yang belum dibayar atas syer yang dipegang oleh mereka masing-masing;
“syarikat domestik” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777];
“syarikat Labuan” ertinya sesuatu syarikat yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta ini;
“syarikat Labuan asing” ertinya suatu syarikat asing yang didaftarkan di bawah Bahagian VIII;
“syarikat sel terlindung Labuan” ertinya sesuatu syarikat yang diperbadankan sebagai, atau yang ditukar menjadi, suatu syarikat sel terlindung mengikut peruntukan Bahagian VIIIB Akta ini;
“syarikat tidak berhad” ertinya sesuatu syarikat yang dibentuk atas prinsip tiada had diletakkan ke atas liabiliti anggotanya;
“syer”, berhubung dengan sesuatu syarikat Labuan, ertinya suatu syer dalam modal syer syarikat itu, dan termasuklah saham;
“syer perbendaharaan” ertinya syer sesuatu perbadanan yang dahulunya diterbitkan tetapi dibeli semula, ditebus atau selainnya diperoleh oleh perbadanan itu dan tidak dibatalkan;
“tarikh pembayaran fi tahunan” ertinya tarikh fi tahunan sesuatu syarikat Labuan kena dibayar menurut subseksyen 151(1);
22
Undang-Undang Malaysia
“umpuk” termasuklah menjual, menerbit, menyerah hak dan memindah hak; dan “pengumpukan” mempunyai erti yang bersamaan.
(2)
Bagi maksud Akta ini, seseorang hendaklah disifatkan memegang suatu kepentingan benefisial dalam suatu syer —
(a)
jika orang itu, sama ada berseorangan atau bersama-sama dengan orang lain, berhak (selain daripada sebagai seorang pemegang amanah bagi, bagi pihak, atau untuk, seseorang lain) menerima, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa dividen berkenaan dengan syer itu atau menjalankan, atau mengawal penjalanan, apa-apa hak yang berkembar dengan syer itu; atau
(b)
jika orang itu, iaitu suatu perbadanan, memegang apa-apa kepentingan benefisial dalam syer perbadanan yang lain yang memegang, atau yang subsidiarinya memegang, apa-apa kepentingan benefisial dalam syer yang mula-mula disebut itu.
(3)
Apabila dalam Akta ini sebutan atau rujukan dibuat kepada mana-mana orang yang memegang atau menduduki sesuatu jawatan atau kedudukan tertentu, sebutan atau rujukan itu hendaklah, melainkan jika didapati tujuan yang bertentangan, dikira termasuk kesemua orang yang pada bila-bila masa selepas itu sedang menduduki jawatan atau kedudukan tersebut.
(4)
Mana-mana peruntukan Akta ini yang mengatasi atau mentafsirkan perkara sesuatu perbadanan hendaklah, kecuali jika diperuntukkan selainnya oleh Akta ini, terpakai berhubung dengan perkara yang berkuat kuasa apabila Akta ini mula berkuat kuasa, dan juga berhubung dengan perkara yang mula berkuat kuasa selepas itu, dan hendaklah juga terpakai berhubung dengan memorandum sesuatu perbadanan sebagaimana ia terpakai berhubung dengan perkara perbadanan itu.
Syarikat Labuan 23
Takrif subsidiari dan syarikat pemegang