Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(a)
perbadanan yang satu lagi itu —
(i)
mengawal keanggotaan lembaga pengarah perbadanan yang mula-mula disebut itu;
(ii)
mengawal lebih daripada setengah kuasa pengundian perbadanan yang mula-mula disebut itu;
(iii)
memegang lebih daripada setengah modal syer terbitan perbadanan yang mula-mula disebut itu (tidak termasuk mana-mana bahagiannya yang tidak mempunyai apa-apa hak untuk mendapat bahagian yang melebihi sesuatu amaun tertentu dalam pembahagian sama ada keuntungan atau modal); atau
(b)
perbadanan yang mula-mula disebut itu suatu subsidiari mana-mana perbadanan yang menjadi subsidiari perbadanan yang satu lagi itu.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), keanggotaan lembaga pengarah sesuatu perbadanan hendaklah disifatkan dikawal oleh perbadanan yang lain jika perbadanan yang satu lagi itu, melalui penjalanan kuasa yang boleh dijalankannya tanpa keizinan atau persetujuan mana-mana orang lain, boleh melantik atau memberhentikan kesemua atau majoriti pengarah itu, dan bagi maksud peruntukan ini perbadanan yang satu lagi itu hendaklah disifatkan mempunyai kuasa untuk membuat pelantikan sedemikian jika —
(a)
seseorang tidak boleh dilantik sebagai seorang pengarah tanpa penjalanan kuasa sedemikian bagi faedahnya oleh perbadanan yang satu lagi itu; atau 24
Undang-Undang Malaysia
(b)
pelantikan seseorang sebagai seorang pengarah semestinya berikutan daripada kedudukannya sebagai pengarah atau pegawai perbadanan yang satu lagi itu.
(3)
Pada menentukan sama ada sesuatu perbadanan adalah suatu subsidiari perbadanan yang lain —
(a)
apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan oleh perbadanan yang satu lagi itu atas sifat pemegang amanah atau fidusiari hendaklah dikira sebagai tidak dipegang atau tidak boleh dijalankan olehnya;
(b)
tertakluk pada perenggan (c) dan (d), apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan—
(i)
oleh mana-mana orang sebagai penama bagi perbadanan yang satu lagi itu (kecuali jika perbadanan yang satu lagi itu hanya bersangkut-paut atas sifat pemegang amanah atau fidusiari); atau
(ii)
oleh, atau oleh penama bagi, sesuatu subsidiari perbadanan yang satu lagi itu, yang bukannya suatu subsidiari yang hanya bersangkut-paut atas sifat pemegang amanah atau fidusiari, hendaklah dikira sebagai dipegang atau boleh dijalankan oleh perbadanan yang satu lagi itu;
(a)
apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan oleh mana-mana orang menurut kuasa peruntukan mana-mana debentur perbadanan yang mula-mula disebut itu atau menurut suatu surat ikatan amanah bagi mendapatkan apa-apa terbitan debentur itu tidaklah boleh diambil kira; dan
(b)
apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan oleh, atau oleh penama bagi, perbadanan yang satu lagi itu atau subsidiarinya (yang tidak dipegang atau tidak boleh dijalankan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (c)) hendaklah dikira sebagai tidak dipegang atau
Syarikat Labuan 25
tidak boleh dijalankan oleh perbadanan yang satu lagi itu jika perniagaan biasa perbadanan yang satu lagi itu atau subsidiarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan termasuk pemberian pinjaman wang dan syer itu dipegang atau kuasa itu boleh dijalankan sebagaimana yang disebut terdahulu hanya sebagai cagaran bagi maksud sesuatu transaksi yang dibuat dalam penjalanan biasa perniagaan itu.
(4)
Sesuatu sebutan dalam Akta ini mengenai syarikat pemegang sesuatu perbadanan hendaklah dibaca sebagai sebutan mengenai suatu perbadanan yang perbadanan yang terakhir disebut itu menjadi subsidiarinya.
Syarikat berkaitan