Malaysia legislation

Section 43

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 43

(a)

bilangan syer yang terkandung dalam pengumpukan itu dan amaun yang dibayar bagi syer tersebut;

(b)

tarikh pengumpukan itu;

(c)

amaun (jika ada) yang disifatkan dibayar, atau yang genap masa dan kena dibayar, bagi pengumpukan setiap syer;

(d)

jika modal syarikat itu terbahagi kepada syer daripada kelas yang berlainan, kelas syer yang setiap syer dalam pengumpukan itu tergolong; dan

(e)

nama penuh dan alamat setiap penerima umpukan itu dan bilangan serta kelas syer yang diumpukan kepadanya.

(1A)

Lembaga boleh meminta maklumat atau dokumen tambahan daripada sesuatu syarikat Labuan berkenaan dengan penyata pengumpukannya di bawah seksyen ini.

(2)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, tiap-tiap pegawai syarikat Labuan itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: Sepuluh ribu ringgit. Penalti ingkar.

Panggilan