Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
Syer tiada nilai tara atau bernilai nominal
(2)
Berhubung dengan syer yang diterbitkan oleh sesuatu syarikat
Labuan sebelum tarikh kuat kuasa—
(a)
amaun yang dibayar ke atas syer itu hendaklah suatu jumlah kesemua amaun yang telah dibayar kepada syarikat Labuan itu pada bila-bila masa bagi syer itu (tetapi tidak termasuk apa-apa premium); dan
(b)
amaun yang belum dibayar ke atas syer itu hendaklah perbezaan antara harga terbitan syer itu (tetapi tidak termasuk apa-apa premium) dengan amaun yang telah dibayar ke atas syer itu.
(3)
Apa-apa amaun yang ada pada kredit akaun premium syer sesuatu syarikat Labuan dan apa-apa amaun yang ada pada kredit rizab tebus modal sesuatu syarikat Labuan sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah menjadi sebahagian daripada modal syer syarikat itu.
60
Undang-Undang Malaysia
(4)
Walau apa pun subseksyen (3), sesuatu syarikat Labuan boleh menggunakan amaun yang ada pada kredit akaun premium syernya untuk—
(a)
memperuntukkan bagi premium yang kena dibayar ke atas penebusan debentur atau syer keutamaan boleh tebus yang diterbitkan sebelum tarikh kuat kuasa itu;
(b)
menghapus kira —
(i)
perbelanjaan permulaan syarikat Labuan itu yang dilakukan sebelum tarikh kuat kuasa itu; atau
(ii)
apa-apa perbelanjaan yang dilakukan, atau komisen atau brokeraj yang dibayar, atau diskaun yang dibenarkan, pada atau sebelum tarikh kuat kuasa itu, bagi atau ke atas apa-apa duti, fi atau cukai yang kena dibayar ke atas atau berkaitan dengan apa-apa terbitan syer syarikat itu;
(c)
membayar, menurut suatu perjanjian yang dibuat sebelum tarikh kuat kuasa itu, syer yang tidak diterbitkan sebelum tarikh itu dan yang akan diterbitkan pada atau selepas tarikh itu kepada anggota syarikat Labuan itu sebagai syer bonus berbayar penuh;
(d)
membayar keseluruhan atau sebahagian baki belum bayar ke atas syer yang diterbitkan sebelum tarikh itu kepada anggota syarikat Labuan itu; atau
(e)
membayar dividen yang diisytiharkan sebelum tarikh kuat kuasa itu, jika dividen itu ditunaikan dengan terbitan syer kepada anggota syarikat Labuan itu.
(5)
Walau apa pun subseksyen (3), jika syarikat Labuan itu menjalankan perniagaan insurans atau perniagaan takaful di Labuan, ia juga boleh menggunakan amaun yang ada pada kredit akaun premium syernya sebaik sebelum tarikh kuat kuasa itu dengan penguntukan atau pemindahan kepada mana-mana kumpulan wang yang ditubuhkan dan disenggarakan menurut Akta Perkhidmatan
Syarikat Labuan 61
Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 atau Akta Perkhidmatan
Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(6)
Walau apa pun subseksyen (2), liabiliti seseorang pemegang syer bagi panggilan berkenaan dengan wang yang tidak dibayar ke atas syer yang diterbitkan sebelum tarikh kuat kuasa (sama ada kerana nilai tara syer itu atau melalui premium) tidaklah terjejas dengan sebab syer itu tidak lagi mempunyai nilai tara.
(7)
Sesuatu syarikat Labuan boleh pada bila-bila masa sebelum—
(a)
tarikh ia dikehendaki di bawah seksyen 109 untuk menyerahkan penyata tahunan pertamanya selepas tarikh kuat kuasa; atau
(b)
habis tempoh enam bulan dari tarikh kuat kuasa, mengikut mana-mana yang lebih awal, atau dalam apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Lembaga, menyerahkan suatu notis mengenai modal syernya kepada Lembaga dalam bentuk yang ditetapkan.
(8)
Melainkan jika sesuatu syarikat Labuan telah menyerahkan suatu notis mengenai modal syernya di bawah subseksyen (7),
Lembaga boleh, bagi maksud rekod yang disenggarakan oleh
Lembaga, menerima pakai, sebagai modal syer syarikat Labuan itu, agregat nilai nominal syer yang diterbitkan oleh syarikat Labuan itu sebagaimana nilai itu ditunjukkan dalam rekod Lembaga sebaik sebelum tarikh kuat kuasa itu.
(9)
Bagi maksud seksyen ini—
(a)
“tarikh kuat kuasa” ertinya tarikh mula berkuatkuasanya
Akta Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2010 [Akta A1367];
(b)
berhubung dengan sesuatu kontrak (termasuk memorandum dan perkara syarikat) yang dibuat, atau surat ikatan amanah atau dokumen lain yang disempurnakan sebelum tarikh kuat kuasa itu—
62
Undang-Undang Malaysia
(i)
sebutan mengenai nilai tara atau nilai nominal sesuatu syer hendaklah sebutan mengenai—
(A)
jika syer itu diterbitkan sebelum tarikh kuat kuasa itu, nilai tara atau nilai nominal syer itu sebaik sebelum tarikh kuat kuasa itu;
(B)
jika syer itu diterbitkan pada atau selepas tarikh kuat kuasa itu tetapi syer daripada kelas yang sama telah diterbitkan sebaik sebelum tarikh kuat kuasa itu, nilai tara atau nilai nominal yang akan ada pada syer itu sekiranya syer itu telah diterbitkan ketika itu; atau
(C)
jika syer itu diterbitkan pada atau selepas tarikh kuat kuasa itu dan syer daripada kelas yang sama tidak diterbitkan sebaik sebelum tarikh kuat kuasa itu, nilai tara atau nilai nominal yang ditentukan oleh pengarah;
(ii)
sebutan mengenai apa-apa premium syer hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai apa-apa baki modal syer berhubung dengan syer itu;
(iii)
sebutan mengenai hak untuk mendapat pulangan modal atas syer hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai hak untuk mendapat pulangan modal yang nilainya adalah bersamaan dengan amaun yang dibayar berkenaan dengan nilai tara atau nilai nominal syer itu; dan
(iv)
sebutan mengenai agregat nilai tara atau nilai nominal modal syer terbitan syarikat Labuan itu hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai agregat itu sebagaimana yang ada sebaik sebelum tarikh kuat kuasa itu sebagaimana —
(A)
ditambah untuk mengambil kira nilai tara atau nilai nominal yang disebut dalam subperenggan
Syarikat Labuan 63
(i)
bagi apa-apa syer yang diterbitkan pada atau selepas tarikh kuat kuasa itu; dan
(B)
dikurangkan untuk mengambil kira nilai tara atau nilai nominal yang disebut dalam subperenggan
(i)
bagi apa-apa syer yang dibatalkan pada atau selepas tarikh kuat kuasa itu.
Larangan untuk menerbitkan syer pembawa atau waran syer pembawa