Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
(a)
menerbitkan syer yang boleh dibahagikan kepada satu kelas atau lebih, dengan apa-apa nama, keutamaan, had dan hak relatif yang hendaklah dinyatakan atau diperuntukkan dalam perkara, dan semua harga dan nilai yang diberikan berkenaan dengan syer itu hendaklah dinyatakan dalam mata wang selain ringgit; dan
(b)
tertakluk pada perkaranya, untuk menerbitkan pecahan syernya, dan syer pecahan sedemikian hendaklah mempunyai liabiliti, had, keutamaan, keistimewaan, syarat, sekatan, hak dan sifat lain yang bersamaan dengan suatu syer penuh dari kelas atau siri syer yang sama.
(2)
Perkara boleh membataskan atau menidakkan hak pengundian, atau memperuntukkan hak pengundian khas, bagi syer daripada apa-apa kelas atau syer dalam apa-apa kelas setakat yang konsisten dengan peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan.
Syer perbendaharaan