Malaysia legislation
Section 47A
Seksyen 47A
(a)
perkara syarikat Labuan itu membenarkan sedemikian; dan
(b)
bilangan syer yang dibeli atau diperoleh, apabila diagregatkan dengan syer daripada kelas yang sama yang dipegang oleh syarikat Labuan itu pada masa pembelian atau pemerolehan itu, tidak melebihi lima belas peratus syer daripada kelas itu yang dahulunya diterbitkan oleh syarikat
Labuan itu.
Syarikat Labuan 65
(2)
Syarikat Labuan itu semasa memegang syernya sendiri sebagai syer perbendaharaan —
(a)
tidak boleh menjalankan apa-apa hak berkenaan dengan syer perbendaharaan itu dan apa-apa yang berupa penjalanan hak itu adalah batal dan syer perbendaharaan itu hendaklah dikira sebagai tidak mempunyai hak pengundian;
(b)
tidak boleh membuat atau menerima apa-apa dividen atau pembahagian aset syarikat Labuan itu, termasuk apa-apa pembahagian aset kepada anggota atas penggulungan, berkenaan dengan syer itu;
(c)
boleh pada bila-bila masa menjual syer perbendaharaan itu untuk mendapatkan wang tunai atau memindahkan syer itu sebagai balasan bagi pembelian atau pemerolehan syer dalam atau aset syarikat yang lain atau aset seseorang;
(d)
boleh pada bila-bila masa membatalkan syer perbendaharaan itu dan pengarah boleh mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk membolehkan syarikat itu membatalkan syernya tanpa mematuhi seksyen 53; dan
(e)
boleh mengagihkan syer perbendaharaan itu sebagai dividen kepada pemegang syer (dividen sedemikian hendaklah dipanggil “dividen syer”), dengan syarat kos syer itu semasa pembelian asal hendaklah digunakan untuk mengurangkan dana yang selainnya tersedia bagi pengagihan sebagai dividen.
Syarikat Labuan mengurusniagakan syernya sendiri, dll.