Malaysia legislation
Section 48A
Seksyen 48A
Undang-Undang Malaysia
(a)
jika memorandum atau perkaranya memperuntukkan sedemikian; dan
(b)
melalui ketetapan khas,
Syarikat Labuan 67
dengan syarat bahawa pembeliannya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, hendaklah dibuat setakat apa-apa lebihan solven yang ada.
(2)
Sesuatu pembayaran yang dibuat oleh syarikat Labuan sebagai balasan bagi pembelian syernya sendiri mengikut subseksyen (1)
boleh dibuat daripada modal atau keuntungan syarikat Labuan itu asalkan pengarah mengisytiharkan melalui suatu perisytiharan kesolvenan bahawa—
(a)
syarikat Labuan itu berupaya untuk membayar hutangnya sepenuhnya pada masa pembayaran itu dan boleh membayar hutangnya apabila genap masa baginya dalam perjalanan biasa perniagaan dalam masa dua belas bulan sebaik selepas tarikh pembayaran itu; dan
(b)
nilai aset syarikat Labuan itu tidak kurang daripada nilai liabilitinya (termasuk liabiliti luar jangka) dan tidak akan selepas pembelian yang dicadangkan itu menjadi kurang daripada nilai liabilitinya (termasuk liabiliti luar jangka).
(3)
Sesuatu syarikat Labuan tidak boleh membeli mana-mana syernya sendiri melainkan jika—
(a)
syer itu berbayar penuh; dan
(b)
sekurang-kurangnya seorang pemegang syer, selain syarikat
Labuan itu sendiri, akan kekal selepas pembelian itu.
(4)
Tertakluk pada seksyen 47A, sesuatu syarikat Labuan boleh pada bila-bila masa, melalui ketetapan pengarahnya, membatalkan mana-mana atau sebahagian daripada syer syarikat Labuan itu daripada mana-mana kelas yang dibelinya, dan dalam keadaan itu suatu penyata mengenai pembatalan itu hendaklah diserahkan kepada
Lembaga dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pembatalan itu.
(5)
Jika pengarah membuat ketetapan untuk membatalkan syer yang dibeli sedemikian, modal syer terbitan syarikat itu hendaklah dikurangkan dengan syer yang dibatalkan sedemikian.
68
Undang-Undang Malaysia
(6)
Pembelian syer menurut subseksyen (1) dan pembatalan syer yang dibuat menurut subseksyen (4) tidak boleh disifatkan sebagai pengurangan modal syer syarikat Labuan itu.