Malaysia legislation

Section 51

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 51

Pengubahan modal syer

(a)

(Dipotong oleh Akta A1367);

(b)

menyatukan dan membahagi-bahagikan kesemua atau mana-mana modal syernya;

(c)

memecahbahagikan syernya atau mana-mana daripada syer itu, dengan sedemikian cara supaya dalam pecah bahagian itu kadar di antara amaun berbayar dengan amaun (jika ada)

tidak berbayar atas setiap syer yang dikurangkan hendaklah sama seperti dalam hal syer yang daripadanya syer dikurangkan itu diperoleh;

(d)

menukarkan kesemua atau mana-mana syer berbayarnya kepada saham dan menukarkan semula saham itu kepada syer berbayar;

(e)

membatalkan syer yang, pada tarikh ketetapan diluluskan bagi maksud itu, belum diambil atau belum dipersetujui untuk diambil oleh mana-mana orang, dan mengurangkan amaun modal syer itu sebanyak amaun syer yang telah dikenselkan itu;

(f)

memeringkatnilaikan semula mata wang mana-mana syer dengan menukar syer yang diperingkatnilaikan dalam satu mata wang kepada jumlah syer yang sama dalam mata wang

Syarikat Labuan 69

lain dengan kebenaran bertulis dahulu daripada pemiutang, jika ada;

(1A)

Sesuatu pemeringkatnilaian semula mata wang mana-mana syer di bawah perenggan (1)(f) hendaklah disifatkan tidak melaksanakan pengkenselan syer yang sedia ada dan penerbitan syer baharu.

(2)

Sesuatu pembatalan syer di bawah perenggan (1)(e) tidak boleh disifatkan suatu pengurangan modal syer mengikut pengertian

Akta ini.

(3)

(Dipotong oleh Akta A1367).

(4)

(Dipotong oleh Akta A1367).

Pengesahan syer yang diterbitkan dengan tidak sepatutnya